Thursday, July 26, 2012

Kewujudan penempatan setinggan merupakan permasalahan yang lumrah di bandar di negara negara membangun

Dalam era globalisasi kini, masyarakat dunia berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam kehidupan mereka. Salah satunya ialah proses ‘urbanisasi’ atau perbandaran. Pembandaran lazimnya ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan sama ada penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan dan kegiatan ekonomi, pemikiran manusia dan segalanya ke arah bandar. Kingsley Davis(1972), seorang pakar dalam kajian penduduk, mentakrifkan urbanisasi sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap bandar bagi sesebuah daerah, negara atau unit- unit kawasan yang lain. Ambe (2003), fenomena ini semakin pesat berlaku khususnya di rantau Asia. Urbanisasi adakalanya ditakrifkan sebagai satu proses perubahan masyarakat daripada bercorak desa yang biasanya tidak formal ke corak bandar yang lazimnya lebih formal. Walau bagaimanapun, pengkaji bandar di negara- negara membangun seperti Mc Gee(1971) dan Breese(1969) berpendapat bahawa perbezaan tidak wujud dengan jelas di negara- negara dunia ketiga. Menurut laporan United Nations (1996), negara membangun akan menjadi kawasan tumpuan pembangunan dan penduduk menjelang tahun 2015. Menurut Davis (1969), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan indikator peningkatan penumpuan penduduk di kawasan bandar sebagai kayu ukur kepada kepesatan urbanisasi. Perbandaran seringkali dianggap sebagai petunjuk modenisasi, peningkatan taraf hidup serta kemajuan sama ada di negara membangun atau negara maju, kerana perbandaran merupakan prasyarat untuk pemodenan dan perkembangan. Oleh itu, perbandaran merupakan satu elemen penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Dalam kepesatan perbandaran, pelbagai perubahan akan berlaku iaitu meliputi aspek seperti ekonomi, demografi, politik, budaya, teknologi, sosial dan faktor persekitaran semulajadi yang mana perubahan- perubahan ini merupakan petunjuk kepada kepesatan perbandaran. Namun demikian, seiring dengan kepesatan, perkembangan, kemajuan serta pembangunan infrastruktur, manusia boleh mencetuskan pelbagai fenomena sosial. Knox (1994), menjelaskan bahawa setiap perubahan yang berlaku dalam bandar adalah saling berhubung kait kesan daripada proses perbandaran. Justeru itu, perlulah diberi penumpuan terhadap sejauhmanakah kepesatan urbanisasi di negara membangun mempengaruhi peningkatan permasalahan sosial bandar kesan daripada peningkatan penududuk bandar. Perkembangan pesat dalam sektor industri negara telah memberi kesan kepada peningkatan peluang pekerjaan. Keadaan ini telah merubah struktur sosial dan ekonomi negara yang menjurus kepada perkembangan pesat perindustrian dan perbandaran lalu memberi lebih banyak peluang ekonomi di pusat-pusat bandar. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk turut serta dalam pembangunan ekonomi negara telah mengakibatkan penduduk di pusat-pusat bandar bertambah dengan cepat tetapi sektor perumahan tidak mampu menampung kepesatan ini menyebabkan wujudnya penempatan segera yang tidak tersusun atau lebih dikenali sebagai setinggan. Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dulu lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran atau imej yang berlawanan dengan nilai-nilai kekeluargaan. Antara imej yang sering dipaparkan ialah keadaan bangunan yang buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tidak ada kemudahan infrastruktur dan menjadi tempat tumpuan pendatang asing. Setinggan secara umumnya boleh dimaksudkan atau dirujuk kepada seseorang atau segolongan orang yang mendiami atau menduduki sesuatu tanah secara haram atau melalui cara yang tidak sah dari segi undang-undang sama ada dengan cara pencerobohan ataupun melalui kaedah-kaedah yang lain Setinggan merujuk kepada satu kawasan perumhan yang kekurangan kemudahan asas seperti bekalan infrastruktur contoh air, tempat pembuangan sampah, sistem pembentungan dan lain-lain. Kawasan setinggan didirikan secara tidak sah dari segi perundangan dimana penduduk setinggan mendirikan rumah di tanah rizab kerajaan, tanah orang perseorangan ataupun tanah milik swasta. Di Asia Tenggara, setingan adalah akibat pertumbuhan bandar-bandar moden moden yang pesat Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana penempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan, ketidak selesaan, keseseakan, kekotoran dan kekurangan kemudahan asas. Fenomena setinggan sudah menjadi masalah utama negara sejak dari dulu lagi dan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti kesesakan penghuni, keadaan tempat tinggal yang tidak sempurna, kemiskinan dan tiada kemudahan infrastruktur yang sempurna. Kewujudan setinggan di bandar raya seperti kota New York, London, Paris, Bangkok, malah Kuala Lumpur kadangkala mencacatkan pemandangan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap bandar raya yang dikagumi itu. Faktor ini menjadi tarikan utama penghijrahan penduduk ke kawasan bandar. Pertambahan penduduk di bandar menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran mendapatkan rumah. Ini mendorong kepada pembukaan kampung setinggan dan penempatan haram seperti di kawasan pantai, bekas lombong dan kawasan pinggir bandar. Bagaimanakah penempatan setinggan yang berleluasa di seluruh negara dapat diatasi? Sungguhpun penduduk di bandar tinggal berhampiran antara satu sama lain di tempat yang terdapat kesesakan penduduk dalam satu kawasan kecil, tetapi perhubungan mereka sangatlah jauh, tidak seperti keadaan di luar bandar. Walaupun mereka tinggal berjauhan tetapi perhubungan mereka begitu rapat. Keadaan seperti ini menimbulkan beberapa kesan sosial yang membezakan keadaan masyarakat di bandar dan luar bandar. Pelbagai masalah sosial wujud akibat daripada proses urbanisasi ini, antara masalah sosial tersebut ialah masalah jenayah. Permasalahan ini berlaku disebabkan penyerapan lebihan penduduk yang terlalu ramai di sesebuah bandar. Hal ini kerana, urbanisasi yang berlaku di sesebuah bandar menggalakkan berlakunya migrasi masuk dalam kawasan bandar. Proses ini menyebabkan peluang pekerjaan yang ada terhad untuk disesuaikan dengan kelayakan akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh migran yang datang Penghirahan masyarakat luar Bandar ke kawasan Bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan. Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar, tukang kayu, pekerja kilang, peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah. Justeru itu berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal. Di negara kita, setinggan mula meningkat ekoran daripada penghijrahan penduduk secara besar-besaran daripada luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan. Kesan daripada penghijrahan tersebut, penduduk di bandar-bandar utama semakin meningkat yang menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran untuk memiliki atau menyewa rumah di pasaran terbuka. Ini mendorong kepada pembukaan kawasan-kawasan penempatan setinggan samada di atas tanah-tanah Kerajaan mahupun tanah-tanah persendirian. Di Manila mengikut laporan Utusan Malaysia Kesengsaraan golongan miskin bukan sekadar menyebabkan mereka merempat di lorong-lorong kecil mahu pun di pinggir-pinggir bandar, malah lebih daripada itu. Bayangkan lebih 10,000 warga kota raya itu menjadikan perkuburan sebagai rumah mereka. Bukan rumah sementara, bukan juga untuk diri sendiri. Tetapi Manila's North Cemetery menjadi rumah kekal lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk televisyen, set karaoke, dapur memasak dan pelbagai lagi Alasan untuk terus tinggal di situ adalah mereka tidak mempunyai pilihan. Jika pun ada, mereka enggan berpindah kerana tempat lain seperti tepi jalan, tepi sungai, bawah jambatan atau di tempat pembuangan sampah bukan saja kotor malah tidak selamat. Di kawasan perkuburan itu mereka berasa selamat, bebas melakukan aktiviti termasuk berniaga secara kecil-kecilan. Kawasan itu juga sentiasa dibersihkan oleh pekerja dewan bandar raya. Pelbagai faktor yang menyumbangkan wujudnya setinggan di negara-negara yang sedang membangun. Wujudnya kawasan-kawasan terbiar Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit Merebut Peluang Pekerjaan Bandar menjanjikan peluang pekerjaan sama ada kepada golongan berpelajaraan atau tidak berpelajaraan. Namun begitu kadar upah yang rendah berbanding kos sara hidup di kawasan Bandar menyebabkan golongan migrasi yang tidak berpelajaraan tinggi tidak layak mampu menyewa tempat tinggal yang selesa. Jalan terakhir adalah dengan membina rumah setinggan atau menyewa rumah setinggan Migrasi Penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Disebabkan kesusahan dan kemiskinan hidup di luar bandar maka pertumbuhan penduduk yang pesat di luar bandar menyebabkan kekurangan tanah secara purata berbanding jumlah penduduk. Keadaan ini menyebabkan pengagguran dan pendapatan yang tidak terjamin di sektor pertanian. Migrasi yang berlaku sama ada migrasi dalaman atau migrasi antarabangsa merupakan penyumbang kepada masalah in yang kini membimbangkan semua negara kerana tidak kawalan atau peraturan untuk mencegah kadar penghijrah ini. Hal ini kerana, aliran migrasi yang terlalu ramai menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud tidak sepadan dan tidak dapat menampung penawaran tenaga kerja yang ada. Persaingan pekerjaan antara pekerja tempatan dengan pekerja asing memburukan lagi masalah ini. Kos Hidup Yang Tinggi Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan dan menimbulkan masalah seperti untuk kerajaan untuk membangunkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak atau mencari penempatan baruk golongan ini..Kebanyakan mereka berpendapatan rendah kerana bekerja di sektor yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka Kekurangan rumah kos rendah Di negara kita,misalnya setinggan mula meningkat ekoran daripada penghijrahan penduduk secara besar-besaran daripada luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan. Kesan daripada penghijrahan tersebut, penduduk di bandar-bandar utama semakin meningkat yang menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran untuk memiliki atau menyewa rumah di pasaran terbuka.Ini mendorong kepada pembukaan kawasan-kawasan penempatan setinggan samada di atas tanah-tanah Kerajaan mahupun tanah-tanah persendirian Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan. Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi. Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan Kesan Kewujudan Setinggan Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit sosial seperti jenayah ragut, rogol serta kegiatan haram lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya Mengancam Kesihatan Penduduk Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk Menimbulkan Masalah Kebakaran dan ketidak selesaan hidup Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa Hasil kajian yang diterbitkan oleh Buku Laporan Jabatan Perdana Menteri 1999 mendapati hampir semua penduduk setinggan adalah warga asing kecuali di Melaka dan Negeri Sembilan. Peratusan yang paling tinggi adalah di Sabah (warga Filipina) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (warga Indonesia). Penghijrahan warga asing tanpa kawalan ini telah menyebabkan wujudnya pelbagai implikasi seperti penempatan warga asing, masalah sosial dan jenayah. Analisis juga mendapati terdapat isi rumah setinggan yang berpendapatan kurang daripada RM460.00 sebulan (garis kemiskinan) dan berpendapatan kurang daripada RM300.00 sebulan (golongan termiskin). Ada juga sebilangan penduduk setinggan yang tidak mempunyai pelajaran formal dan berpendidikan sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan mereka ketinggalan dan terpinggir dari sektor pekerjaan dan pembangunan. Kewujudan kawasan-kawasan setinggan ini telah memberi kesan buruk terhadap keharmonian masyarakat kerana ini dikatakan menjadi lubuk kepada pelbagai masalah sosial seperti mana yang berlaku di kawasan setinggan Jalan Klang Lama pada Mac 2001 yang lalu hingga menyebabkan enam orang mati dan lebih 40 orang cedera. Salah satu punca kejadian ini ialah faktor kemiskinan di samping kehadiran pendatang asing tanpa izin yang mengeruhkan lagi keadaan. Kesimpulan Masalah sosial yang berlaku kesan daripada ketidakupayaan memiliki rumah sendiri perlu kepada pemahaman yang mendalam dan menyeluruh. Keunikan pada susun atur dan pola masyarakat Malaysia yang rencam dan pelbagai sifatnya tidaklah dapat difahami dengan mudah. Demikian juga tindakan dan reaksi yang bersifat “knee jerk” mungkin boleh menyelesaikan masalah jangka pendek tetapi tidak untuk jangka panjang. Kesan-kesan program dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang wajar dibuat pamantauan dan penilaian yang lebih kerap. Ini adalah kerana putaran masa sangat pantas dalam arus globalisasi. Sedang kita cuba mencari penyelesaian tentang sesuatu masalah, datang pula masalah lain. Masalah yang cuba diselesaikan sekarang dengan dasar-dasar yang baru akan terbantut dengan kedatangan masalah baru. Menyediakan perumahan yang selesa dan selamat kepada rakyat menjadi satu tanggungjawab besar bagi kerajaan yang memerintah. Persekitaran rumah yang selesa ini boleh menyelamatkan anak-anak muda daripada tergelincir dalam aktiviti kurang sihat seterusnya membantu kita mengelakkan pelbagai masalah sosial. Begitu juga dengan menubuhkan Jawatankuasa bertujuan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek perumahan dan penyediaan kemudahan-kemudahan asas, memastikan semua dasar, program dan projek yang digubal untuk setinggan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Kerajaan ke arah mencapai setinggan sifar di negara-negara sedang membangun. Negara-negara membangun harus mengambil berat mengenai kebajikan setinggan terutama dari segi penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti, selesa dan mampu disewa atau dibeli serta kemudahan-kemudahan asas yang lain. Matlamatnya adalah supaya dapat memperbaiki lagi mutu kehidupan rakyat setinggan di negara tersebut agar tidak memberi imej yang buruk kepada Kerajaan dan negara, sejajar dengan kepesatan pembangunan negara. Justeru itu, imej sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun perlu dijaga. Kita sudah tentu tidak mahu melihat bandaraya kita yang pesat membangun dengan bangunan-bangunannya yang tersergam indah, tinggi mencakar awan dan dihiasi dengan seni taman yang cantik lagi menarik tetapi di satu sudut terdapat pula kawasan-kawasan setinggan yang persekitarannya berbeza sekali dengan apa yang saya perkatakan tadi. Keindahan ini sudah tentu mencacatkan pandangan kita dan memberi kesan negatif kepada banyak pihak mengenai pembangunan negara secara amnya.

No comments:

Post a Comment