Wednesday, April 6, 2016

MENGHIDUKAN PELUANG DAN TAKING ADVANTAGE UNTUK KEPENTINGAN DALAM PEMBANGUNAN POLITIK

Kita seringkali terbaca dan dihidangkan oleh isu-isu ataupun masalah dalam politik setempat melalui media sosial dan eletronik masa kini. Secara tidak langsung memang dapat dijangkakan samada ia mampu memberi keuntungan politik atau kerugian kepada mereka yang bersekepentingan bergantung sejauh mana kemelut tersebut dapat di atasi atau ubat pencegahan disuntik kepada tonik agar mampu untuk meneutralisasikan, sangat bergantung kepada tolak ansur semua pihak yang terbabit. Perkara ini kadangkala menarik minat orang ramai yang ingin tahu perkembangan, apakah yang berlaku selanjutnya? Ada juga pengikut lebih kurang mengsensasikan dan ingin juga mengambil kesempatan samada untuk mengapikan kemelut politik mahupun ada yang ingin meredakan keadaan seakan mengalahkan “pembakaran yang sedang dilakukan di negara seberang” sehingga kesukaran untuk mengatasi jerebu politik untuk diselesaikan. Baru-baru ini banyak perkara telah diutarakan oleh pelbagai pihak (kumpulan pendesak dan parti politik) mengenai kehendak masing masing. Perkara ini sedikit sebanyak ditimbulkan demi kepentingan pihak pihak tersebut supaya sesuatu pihak lain mengambilkira dengan apa yang mereka inginkan agar mencapai halatuju mahupun matlamat masing-masing. Sebagai contoh dengan memetik Perpecahan Ahli-Ahli dalam Parti Politik tidak terkelaluan kalau dikatakan ia satu perkara yang menarik minat orang ramai yang ingin mengetahui apakah impak dan sejauhmana ia mampu mengsejahterakan atau mampu mengstabilkan keadaan mereka yang terlibat dalam kemelut politik?. Sudah pasti ramai peminat dengan setia inginkan jawapan kepada penyelesaian kemelutan tersebut merupakan satu resipi baru bagi Kek Lapis Sarawak. Konflik politik dalam ahli-ahli parti politik memberi polemik yang baik dalam pembangunan politik itu sendiri jika pihak-pihak terbabit bersedia bertolak ansur dalam mencari jalan penyelesaian dan juga ia mampu mengundang bencana dalam Parti Politk itu sendiri jika masing-masing tidak lagi mampu untuk berkompromi diantara satu sama lain. Ini yang berlaku dalam parti sehingga kini belum lagi menemui jalan penyelesaian walaupun pelbagai cara telah diambil. Atau adakah ia hanya mungkin akan memberi kesan yang baik kepada satu pihak dan mengundang kerisauan kepada satu pihak yang lain. Apakah akan berlaku kalau win-win situation diambikira? Juga apakah akan terjadi jika satu kumpulan yang menang dan membiarkan satu kumpulan lagi yang terlibat pupus secara semulajadi @ natural death? Dalam kemelut perpecahan dan diambang pencarian penyelesaian kepada konflik parti wujud Ideologi berteraskan “keuntungan” diantara parti lain” bercirikan satu objektif. Adakah kewujudan “tangan ghaib” yang terdiri daripada orang bersekepentingan hanya inginkan penyatukan ideologi “minda” sahaja atau sebaliknya?.. Jika pengabungan diantara menjadi kenyataan adakah Parti itu tersebut akan menjadi multi racial atau sebaliknya pada masa yang sama sudah pasti bilangan peruntukan kerusi yang banyak nanti mampu menyaingi parti yang lain pada satu hari. Pada masa yang sama adakah berlaku satu langskap politik yang baru akan berlaku. Mungkin ini diandaikan boleh menguggat status parti yang lain? Bagaimana pula status ahli dalam parti yang telah berjawatan dan mereka yang belum?