Tuesday, July 16, 2013

“Guide Democracy” Atau “Demokrasi Terpimpin” Yang Diperkenalkan Oleh Sukarno In 1958-1965. Kegagalan DemokrasiTerpimpin

Terdapat berbagai maksud yang diutarakan terhadap perkataan Demokrasi. Perkataan Demokrasi berasal dari Yunani iaitu “demos” bermaksud "rakyat", atau penduduk dan cratein yang bererti kekuasaan atau kedaulatan. Dengan demikian, secara bahasa demokrasi adalah keadaan negara di mana kedaulatan atau kekuasaan tertingginya berada di tangan rakyat. Abraham Lincoln mengatakan bahawa demokrasi adalah “government of the people, by the people and for the people.” Demokrasi adalah corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemukakan kehendak mahupun masalah mereka, pemerintah dan rakyat harus berganding bahu, bekerjasama untuk menjayakan kepentingan bersama supaya matlamat sebuah negara dapat dicapai. A.V Dicey seorang pakar undang-undang british mengatakan bahawa demokrasi adalah satu bentuk pemerintahan dimana golongan majoriti menentukan proses membuat undang-undang. Semua undang-undang yang akan dilaksanakan hendaklah mencerminkan kehendak rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Konsep demokrasi diterima oleh hampir seluruh negara di dunia samada dunia pertama, kedua atau ketiga. Penenerima konsep demokrasi adalah disebabkan oleh keyakinan mereka bahawa konsep ini merupakan tatacara pemerintahan yang paling unggul dibandingkan dengan tatacara pemerintahan lainnya. Robert A. Dahl pula mendefinasikan demokrasi moden dengan beberapa kriteria iaitu:Kerajaan adalah kerajaan majoriti, alaupun kerajaan adalah kerajaan majoriti tetapi hak minoriti adalah dijaga, Sistem pemerintahan yang memupukan dan mempertahankan kesamaan dan keadilan, Sistem pemerintakan yang menjamin kebebasan individu , kebebasan bersuara dan berkumpul. Ideologi Demokrasi secara amnya bermaksud rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai mengikut kehendak rakyat. Demokrasi mempunyai beberapa jenis antaranya ialah:- Iaitu Sistem demokrasi liberal yang dianggap paling unggul dimana kerajaan daripada rakyat, kepada rakyat dan berkhidmat untuk rakyat. Kerajaan menjalankan peranan dan pentadbiran melalui badan-badan tertentu dan pilihanraya umum lima tahun sekali dijalankan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan. Golongan majoriti yang memenangi banyak undi berdasarkan parti akan diutamakan dan memerintah negara tetapi bagi kumpulan minoriti mereka tidak akan dipingirkan. Negara yang mengamalkan sistem mahupun corak pemerintahan demokrasi, rakyat dianggap sangat berkuasa dalam menentukan pemerintahan. Tetapi bagi negara yang mengamalkan corak pemerintahan Demokrasi Terpimpin bagaimanapun menghadkan kuasa rakyat, pihak pemerintahan atau pemimpin memainkan peranan besar dalam membuat semua keputusan. Rakyat hanya diberikan sedikit kuasa dalam memberi persetujuan dalam peralihan kuasa. Bagi beberapa Negara yang mengakui bahawa mereka mengamalkan demokrasi, tentera selalunya lebih berperanan mahupun berpengarauh dalam pemerintahan atau sistem politik seperti di Negara Pakistan, Thailand dan Indonesia. Tentera akan menggunakan alasan keadaan Negara yang tidak aman menyebabkan mereka mengambilalih kuasa atau membuat rampasan kuasa dari pemerintah. Selalunya rakyat akan dibenarkan untuk mengundi jika negara didapati cukup mantap tetapi jika tidak tentera akan terus berkuasa. Sistem pemerintahan demokrasi terpimpin ini dikatakan hanya menjadikan demokrasi sebagai hiasan sahaja tanpa betul-betul mengamalnya. Sukarno telah memperkenalkan demokrasi terpimpin pada tahun 1959 hingga 1965 di Indonesia. Demokrasi terpimpin hanya berpusat kepada Sukarno sebagai pemimpin dan hanya memberi sedikit sahaja ruang kepada rakyat untuk bersuara. Pengasingan kuasa tidak dapat dijalankan dengan baik kerana presiden mempunyai kuasa untuk mentadbir negara. DEMOKRASI TERPIMPIN Melalui rentekan sejarah Indonesia jelas mencatatkan bahawa negara tesebut telah mula mengamalkan sistem "Demokrasi Terpimpin" semasa pemerintahan era seorang Presiden yang dikenali sebagai Soekarno Sistem Demokrasi Terpimpin bermula sejak dari tahun 1959 hingga ke tahun 1966. Apa yang dimaksudkan Demokrasi Terpimpin. Demokrasi Terpimpin adalah sebuah sistem demokrasi dimana seluruh atau segala arahan atau sebarang keputusan serta corak pemikiran atau sebarang cetusan idea-idea berkaitan satu satu polisi mesti datang daripada pemimpin atau presiden negara, Ketika pemerintahan Presiden Sukarno konsep sistem Demokrasi Terpimpin pertama kali diisythiharkan oleh Presiden Sukarno dalam pembukaan persidangan Parlimen Indonesia pada 10 November 1956. Demokrasi terpimpin juga disebut sebagai demokrasi terancang yang mana dirancang oleh seorang pemerintah atau pemimpim dengan menggunakan kuasa demokrasi dengan peningkatan otokrasi. Pemerintahan negara di kuasa perundangan selepas pemilihan umum walaupun pada zahirnya proses sistem demokrasi seperti nampak bebas dan adil tetapi masih dipengaruhi oleh kuasa atau autokrasi yang ada pada pemerintah atau pemimpin ketika itu atas dasar semua mempunyai hak lebih-lebih lagi berkaitan kebijakan umum. Namun ianya masih mengikut apa yang dikatakan prinsip-prinsip dasar demokrasi, terhadap otoritarianisme. Dalam demokrasi terpimpin, pemilih dilarang untuk mengutarakan bersuara walupun mempunyai ruang idea-idea meskipun bernas. Terdapat cetusan idea yang digunapakai oleh Presiden Indonesia juga diadaptasi daripada pemerintahan kominis seperti Russia banyak amalan umum oleh pemikir datang dari anggota Kremlin, khususnya Gleb Pavlovs. Perlaksanaan demokrasi terpimpin bemula selepas berlakunya Ketetapan atau perintah bertulis atau arahan bertulis yang sah dari segi perundangan datang dari seorang Presiden Indonesia pada 5 Julai 1959. Berikut adalah ketetapan atau perintah bertulis atau arahan bertulis yang telah diputuskan oleh Presiden Indonesia iaitu Presiden Sukarno dengan menyatakan 1. Undang-Undang Dasar yang menjadi pelaksanaan pemerintahan negara sebelum dilaksanakan sepenuhnya sedangkan Undang-undang Dasar Sementara (UUDS 1950) dengan sistem pemerintahan demokrasi liberal dianggap tidak sesuai dengan keadaan kehidupan rakyat Indonesia ketika itu 2. Kegagalan institusi perundangan atau kehakiman dalam melaksanakan undang-undang dasar sehingga dianggap boleh membawa Indonesia ke arah ketidakstabilan atau kearah kehancuran sebab Indonesia tidak mempunyai kekuatan dari segi sistem perundangan 3. Keadaan politik ketika itu agak kucar-kacir hingga keamanan dan kestabilan tidak dapat diikecapi sepenuhnya 4. Terdapat kumpulan kumpulan reformasi dan pemberotakan-pemberotakan yang tidak dikawal dan jika dibiarkan akan berlaku pepecahan dan kemugkinan ujud negara-negara kecil baru merdeka hasil serpihan dari negara Indonesia yang berpecah 5. Konflik antara parti-parti politik dilihat boleh mengancam kestabilan negara 6. Majoriti atau kebanyakan parti politik di parlimen saling berbeza pendapat dan berbalah sementara dan lihat agak sukar untuk disatukan 7. Semasa sidang parlimen berlangsung terdapat parti-parti politik yang berbeza pendapat semasa cuba merancang dasar negara hingga tidak langsung menunjukkan sebarang kesefahaman diantara satu sama lain Demi mengelakkan negara terancam Seokarno selaku Presiden Indonesia ketika itu telah mengambil tindakan mengeluarkan arahan atau perintah atau Ketetapan Pesiden dalam bentuk dekrit/perintah yang kemudian dikenal dengan Ketetapan Presiden 5 Julai 1959. Pemahaman bahawa asas atau tujuan.dekrit dikeluarkan adalah untuk menyelesaikan masalah negara yang semakin tidak menentu dalam memastikan negara Indonesia terselamat dari kehancuran mengikut pandangan Presiden Kandungan Ketetapan Presiden adalah sebagai berikut. a) Pembubaran Dewan Parlimen b) Tidak berlakun UUDS 1950 dan berlakunya kembali UUD 1945. c) Pembentukan MPRS dan DPAS Reaksi awam setelah wujudnya Ketetapan Presiden: 1. Rakyat menyambut baik sebab mereka telah mengharapkan ujudnya kestabilan politik yang telah goyah sebelum ini yang mungkin menyebabkan ketidak ketenteraman dan rasa tidak selamat 2. Mahkamah memainkan peranan dengan wujudnya badan kehakiman yang adil tanpa sebarang krompremi atau mahkamah yang adil tanpa campurtangan pihak lain Pelaksaanan demokrasi terpimpin dimulai dengan berlakunya Ketetapan Presiden 5 Julai 1959. Antara ketetapan yang dikeluarkan oleh Presiden Indonesia iaitu Seokarno 1. Undang-undang Dasar yang menjadi pelaksanaan pemerintahan negara belum berhasil dibuat sedangkan Undang Undang Dasar Sementara (UUDS 1950) dengan sistem pemerintahan demokrasi liberal dianggap tidak sesuai dengan kondisi kehidupan masyarakat Indonesia. 2. Kegagalan dewan parlimen dalam menetapkan undang-undang dasar sehingga membawa Indonesia ke jurang kehancuran sebab Indonesia tidak mempunyai perundangan yang mantap. 3. Situasi politik yang huru hara dan semakin buruk. 4. Terjadinya sejumlah pemberontakan di dalam negeri yang semakin bertambah kronik bahkan menjurus menuju gerakan sparatisme. 5. Konflik antara parti politik yang mengganggu kestabilan negara 6. Banyaknya parti dalam parlimen yang saling berbeza pendapat sementara sukar untuk mendapat penyelesaian 7. Kebanyakan parti-parti politik berusaha untuk menghalalkan segala cara agar tujuan partinya tercapai. Bagaimana boleh tercetuskannya sistem Demokrasi Terpimpin semasa era Soekarno : 1. Dari segi keamanan nasional banyaknya gerakan pemisah semasa demokrasi liberal, menyebabkan ketidakstabilan negara 2. Dari segi proses pemulihan ekonomi sering terjadinya pergantian kabinet pada masa demokrasi liberal menyebabkan program-program yang dirancang oleh kabinet tidak dapat dijalankan secara baik sehingga pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lancar 3. Dari segi politik Konstitusi gagal dalam menyusun UUD baru untuk menggantikan UUDS 1950. Semasa Demokrasi Terpimpin yang dicetuskan oleh Presiden Soekarno atas tujuan agar Undang-Undang yang digunakan untuk menggantikan UUDS 1950 adalah UUD 1945. Namun tujuan tersebut menimbulkan pro dan kontra di kalangan anggota konstitusi. Sebagai tindak balas dari keadaan ketika itu, diadakan pungutan suara yang diikuti oleh seluruh anggota atau ahli dewan. Pungutan suara ini dilakukan dalam rangka mengatasi konflik yang timbul dari pro kontra atas usul yang dibawa Presiden Soekarno. Hasil pungutan suara menunjukan bahawa 269 orang setuju untuk kembali ke UUD 1945 dan 119 orang tidak setuju untuk kembali ke UUD 1945. Melihat dari hasil undian, usulan untuk kembali ke UUD 1945 tidak dapat direalisasikan. Hal ini disebabkan oleh jumlah anggota konstitusi yang menyetujui usulan tersebut tidak mencapai 2/3 namun seperti yang telah ditetapkan pada fasa 137 UUDS 1950 Era "Demokrasi Terpimpin" diwarnai kolaborasi antara kepemimpinan PKI dan kaum borjuis nasional dalam menekan pergerakan-pergerakan independen kaum buruh dan petani Indonesia. Gabungan ini tetap gagal mengatasi masalah-masalah politik dan ekonomi yang mendesak Indonesia. Faktor Kegagalan Perlaksanaan Demokrasi Terpimpin. Demi kepentingan negara dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi serta keadaan yang tidak menentu semasa Demokrasi Terpimpin di Indoesia. Maka Presiden mengambil tindakan dan membuat keputusan untuk melancarkan Dekrit Presiden pada 5 Julai 1959 dengan menetapkan Pembubaran Konstitusi, Undang Undang Dasar 1950 dibubarkan dan Undang Undang Dasar 1945 akan dilaksanakan semula selain itu Pembentukkan Majlis Perundangan Rakyat dan DPAS. Dekrit Presiden disambut baik oleh rakyat Indoesia kerana rakyat Indonesia inginkan kestabilan politik selepas era liberal disamping mengelakkan perpecahan dan krisis politik yang berpanjangan. Tindakan Presiden Sokarno melancarkan Dekrit Presiden pada 5 Julai 1959 dijankga dapat memenuhi kehendak rakyat Indonesia. Namun disebaliknya perlaksanaan Dekrit Presiden tidak dapat memenuhi inspirasi masyarakat kerana Undang Undang Dasar 1945 yang digunapakai tidak dilaksanakan secara baik dan teratur. Campur Tangan Presdien Dalam Pentadbiran Dan Perlantikan Anggota Majlis. Berdasarkan Undang Undang Dasar 1945, kedudukan Presiden Indonesia berada di bawah Majlis Perundangan Rakyat. Akan tetapi, kenyataan Majlis Perundangan Rakyat tunduk kepada kehendak serta perintah Presiden kerana Presiden menentukan apa sahaja yang harus diputuskan oleh Majlis Perundangan Rakyat. Hal ini jelas apabila Presiden melantik Ketua Majlis Perundangan Rakyat yang merangkap wakil Perdana Menteri III dan melantik Wakil-Wakil Ketua MPR yang dipilih dari pimpinan parti-parti besar (PNI, NU, dan PKI) serta wakil ABRI yang masing-masing diberi kedudukan sebagai menteri yang tidak memimpin mana-mana agensi. Ini bermakna kuasa memusat pada presiden, Majlis Perundangan Rakyat, Lembaga Tinggi Negara semasa Demokrasi Terpimpin tidak dapat membuat keputusan sehingga ke Orde Baru. Selain itu juga memberi peluang pada Militeri untuk bergiat dalam bidang politik sejak Dekrit Presiden dilaksanakan dimana Angkatan Darat menjadi kekuatan atau tonggak politik yang disegani. Semasa Demokrasi Terpimpin perlantikan anggota Majlis Perundangan Rakyat akur dengan syarat yang dikena oleh Presiden dan selain menerima Undang Undang Dasar 1945 serta setia kepada perjuangan Republik Indonesia dan bersetuju dengan manifesto politik Pembentukan Majlis Perundangan Rakyat dibuat oleh Presiden Sokarno berdasarkan Ketetapan Presiden No. 2 tahun 1959 dan tindakannya dianggap sebagai bertentangan dengan Undang Undang Dasar 1945. Dalam Undang Undang Dasar 1945 menetapkan bahawa perlantikan anggota Majlis Perundangan Rakyat sebagai Lembaga Tertinggi Negara harus melalui Pemilihan Umum dan parti-parti yang dipilih oleh rakyat akan menganggotai Majlis Perundangan Rakyat. Selain itu Mahkamah Agung membenarkan dan menyokong perlaksanaan resolusi dengan pembentukan Lembaga Tertinggi Negara seperti MPRS, DPAS selepas kegagalan semasa Demokrasi Berparlimen. Undang Undang Dasar 1945 tidak dilaksanakan dengan sempurna atau baik dan tidak teratur kerana sepatautnya ia merupakan dasar sebagai asas pentadbiran pemerintahan dan pelaksanaan nya dianggap sebagai slogan semata mata. Parti Politik Dan Pergolakan Puak Kegagalan konstitusi dalam menetapkan undang undang dasar kerana semasa Demokrasi Terpimpin badan itu tidak mempunyai peraturan yang kukuh, mantap dan juga situasi politik yang kurang stabil merupakan faktor kegagalan Demokrasi Terpimpin dilaksanakan. Begitu juga perbezaan pendapat dalam Majlis Tertinggi serta konflik dalaman antara ahli-ahli parti-parti yang berlarutan tanpa penyelesaian serba sedikit mengganggu kestabilan politik nasional. Pada masa yang sama parti-parti yang berkonflik berusaha untuk menghalalkan segala cara agar mencapai matlamat parti. Pemberontakkan yang berlaku di Indonesia amat meruncing sehingga puak-puak yang bertelingkah menubuhkan gerakan sparatisme. Begitu juga krisis Iran Perlaksanaan rangka Sistem Demokrasi Terpimpin adalah susulan daripada amanat Presiden 17 August 1959 dalam Penemuan Kembali Revolusi Kita yang lebih dikenali sebagai manifesto Politik Republik Indonesia (Manipol) ditetapkan sebagai GBHN berdasarkan Penpres No 1 1960 Undang Undang 1945, Sosialisme Indonesia, Demokrasi Terpimpin, Ekonmi Terpimpin Pembubaran DPR dan Pembentukan DPR-GR Dewan Perwakilan Rakyat yang ditubuhkan pada 1955 dibubarkan kerana menolak RAPBN tahun 1960 yang dicadangkan oleh pemerintah. Pembubaran DPR oleh Presiden dan digantikan dengan Dewan Perwakilan Rakyat Gotong Royong. Keanggotaan dalam DPR-GR dibarisi oleh parti parti besar seperti PNI, Nu dan PKI dan ketiga parti ini dianggap telah mewakili seluruh golongan nasionalis, agama dan komunis yang sesuai dengan konsep konsep Nasakom. Konsep Nasakom memberi peluang kepada PKI untuk memperluaskan dan mengembangkan pengaruhnya dalam sistem politik Indonesia. Dalam perkembangan selanjutnya, PKI mempengaruhi Sistem Demokrasi Terpimpin dimana dengan lihat dengan jelas bahawa konsep Demokrasi terpimpin dari Presiden lebih cenderung kepada Nasionalis, Agama dan Komunis (Nasakom) mendapat sokongan sepenuhnya dari pimpinan PKI, DN Aidit. Bahkan melalui Nasakom PKI dapat meyakinkan Presiden Sokarno, kerana tanpa PKI Presiden akan menjadi lemah terhadap ancaman TNI. 1963 PKI melancarkan undang-undang land reform dari tahun 1959-1960. Para penyokong Pancasila berupaya untuk menarik perhatian Presiden Soekarno agar berpaling dari PKI. Mereka berdiri membela Pancasila dengan membentuk Barisan Pendukung Soekarno (BPS). Akan tetapi, pembentukan itu dilarang oleh Presiden. Bahkan parti Murba juga dibubarkan kerana dianggap menghalangi gerak dan langkah PKI. Usaha PKI untuk menjatuhkan Republik Indonesia berdasarkan Pancasila dihalang oleh TNI. Untuk mengimbangi TNI, makan PKI menyarankan kepada Presiden agar membentuk angkatan kelima yang terdiri dari buruh dan petani dan selain daripada itu PKI juga menuntut agar Kabinet Nasakom dibentuk, kerana anggota PKI tidak ramai anggota menganggotai kabinet dengan menteri-menteri PKI (DN Aidit, NH Lukman, Nyoto) yang tidak memegang jawatan. Dalam bidang ekonomi, Sistem Ekonomi Terpimpin yang dipraktikan dan semua kegiatan ekonomi berpusat kepada kerajaan memerintah dibawah pimpinan Presiden. Pada akhir tahun 1965, berlaku inflasi sangat meruncing sekali di semasa Demokrasi Terpimpin dan secara khusus sebab-sebab kegagalan ekonomi terpimpin adalah disebabkan penyelesaian masalah ekonomi yang tidak rasional dan lebih bersifat politik. Sebagai rumusan bahawa Demokrasi Terpimpin yang diamalkan dan diperkenalkan oleh Sukarno telah menemui kegagalan untuk memperbaiki sistem pemerintahan dan juga untuk memperbaiki ekonomi walaupun menemui rakyat menyambut baik pelaksanaannya selepas era Demokrasi Liberal Bagi rakyat untuk mencapai ke tahap serta impian itu menjadi kenyataan maka kerjasama antara kumpulan, pemerintah dan parti politik sangat diperlukan agar demokrasi demokrasi berkembang ke arah yang lebih baik Pada dasarnya demokrasi di Indonesia memberikan harapan akan wujud masyarakat baru untuk memiliki kebebasan bersependapat, bersatupadu, berpolitik dimana masyarakat mengharapkan perubahan ekonomi yang kondusif. Puncak kejatuhan era Sukarno ialahberlaku pembunuhan terhadap kumpulan revolusi pada 1 Oktober 1965 dan pada masa yang sama beliau tidak mendapat sokongan dapat daripada Parti Kmonuis Indonesia dan ancaman Tentera Nasional Indonesia. 20 Februari 1967 Sukarno menandatangani Surat Pernyataan Penyerahan Kekuasaan di Istana Merdeka Dengan ditandatanganinya surat tersebut maka Suharto de facto menjadi Ketua pemerintahan Indonesia. Setelah melakukan Sidang Istimewa maka MPRS pun melucut kekuasaan Presiden Sukarno yang digelar Pemimpin Besar Revolusi