Tuesday, January 31, 2012

PENDEKATAN TEORI SOSIALISASI POLITIK (POLITICAL SOCIALISATION)

Budaya Politik
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut lagi mengenai teori sosialisasi politik, konsep asas mengenai pemahaman budaya dan budaya politik mesti difahami terlebih dahulu menurut perspektif sosiologi dan antropologi.Ini kerana, sosialisasi politik berlaku disebabkan oleh proses pembudayaan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai sudut seperti politik, ekonomi dan sosial.

Bagi ahli antropologi dan sosiologi, cara mereka melihat istilah budaya berbeza berbanding dengan cara yang dikaji oleh ahli sains politik walaupun ketiga-tiga bidang ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam kajian antropologi dan sosiologi, budaya memberi makna tentang kehidupan, tindakan dan kepercayaan sesuatu komuniti atau masyarkat. Menurut Herskovits, budaya adalah satu cara hidup, sama seperti definisi sarjana-sarjana Islam (Al-Faruqi).

Ralph Linton, beliau memberikan makna budaya sebagai satu warisan sosial kemanusiaan (the total social heredity of mankid). Yakni satu warisan sosial yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui proses cara sedar, naluri dan pengalaman. Menurut Dowse, Robert E. dan John A. Hughes bukunya Political Sosiology, budaya dilihat sebagai For an individual the cultures gives meaning to the actions and objects of social life.

Definisi budaya agak berbeza sedikit melalui pemerhatian ahli sains politik. Mereka melihat budaya daripada perspektif politik atau dikenali sebagai budaya politik. Almond dan Verba mengaitkan hubungan budaya dan budaya politik seperti berikut: Here we can only stress that we employ the concept of culture in only one of its many meanings: that of psychological orientation toward social objects. When we speak of the political culture of a society, we refer to the political system as internalized in the cognitions, feelings, and evaluations of its population. People are inducted into it just as they are socialized into non-political roles and social systems

Perbahasan mengenai budaya politik juga tidak berkesudahan, sama juga perbahasan mengenai budaya. Setiap sarjana mempunyai pandangan yang berbeza-beza atau interpretasi tersendiri. Ia dijelaskan dengan panjang lebar oleh Yung Wei dalam kajiannya mengenai budaya politik Cina. Menurut beliau, it must be pointed out, however, that the scholars of Chinese political culture should not be the only ones blamed for their failure to provide a clear operational definition of “political culture”. Other political scientists who are not China scholars have already cast doubt on the usefulness of this concept as a research tool. Indeed, if the term “political culture” is to be used so loosely as to include political values, political attitudes, political participation, and other aspects of human behavior in politics, it will definitely cease to be a manageable and measurable concept for research.
Buku-buku yang ditulis oleh Gabriel Almond dan Sidney Verba , Lucian Pye , Roy Macridis , Talcot Parsons, S.E. Finer, Dennis Kanavagh, Robert E. Dowse, John A. Hughes, dan sebagainya boleh dijadikan rujukan dalam memberikan maksud budaya politik. Mehran Kamrava dalam buku Politics and Society in the Third World merumuskan budaya politik sebagai: entails the collective political attitudes of a population, their views and orientations toward the body politic in general and toward specific political events, symbols, and activities. Political culture is part of the more general culture of society and as such is deeply affected by it, and its orientations are implicit, unconscious, and often taken for granted and treated as a priori. Political participations do not consciously reflect on the doctrinal orientations or the political characteristics that a brought on by political culture, and are not even aware that political culture expresses itself in their daily activities and thoughts. As such, political culture is a shared and society-wide framework for political orientation and encompasses the society in its entirety.

Berdasarkan kepada definisi ini, memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa budaya dan budaya politik tidak boleh dipisahkan. Ia amat berkait rapat. Menurut Almond, budaya politik adalah pattern of orientation to political action .Ini seterusnya diperincikan oleh oleh Sidney Verba yang mengatakan: Political culture refers to the system of beliefs about patterns of political interactions and political institutions. It refers not to what is happening in the world of politic but what people believe about those happenings. And these beliefs can be of several kinds. They can be empirical beliefs about what the actual state of political life is, they can be beliefs as to the goals or values that oughts to be persued in political life; and these beliefs may have an important expressive or emotional dimension Definisi tidak banyak bezanya dengan apa yang dikatakan oleh Douglas, budaya politik dilihat sebagai… as the process of acquiring information and attitudes about politics
Robert E Dowse dan John A. Hughes menegaskan, The political culture is the product of the history of both the political system and the individual members of the system, and, thus, is rooted on public events and private exrerience

Berdasarkan kepada pelbagai interpretasi di atas dan relevannya kepada kajian ini maka penulis boleh simpulkan bahawa dalam konteks Malaysia, budaya politik boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kepercayaan bagaimana orang awam atau rakyat mendapatkan pandangan, pendapat dan sikap terhadap politik. Ia bertepatan dengan kata-kata Lucian Pye yang menitik beratkan perkembangan politik di negara-negara baru. Ukurannya berdasarkan kepada skop politik, matlamat dan kaedah politik, penilaian terhadap tindakan politik dan nilai-nilai yang membawa kepada tindakan politik. Secara langsung kata-kata Finer yang mengatakan bahawa kewibawaan pemerintah dan institusi-institusi serta percaturan-percaturan politik adalah turut berkaitan dalam kajian ini terhadap persepsi orang Cina terhadap politik orang Melayu di Malaysia. Namun demikian, ada satu lagi teori politik yang amat berkait rapat dengan budaya dan budaya politik iaitu teori sosialisasi politik. Pendekatan teori adakan digunakan dari masa ke semasa berbanding dengan budaya politik, kerana proses sosialisasi politik yang dilalui hasil daripada budaya politik yang membentuk keunikan dalam kajian ini.

Sosiologi Politik dan Sosialisasi Politik
Sosiologi politik adalah salah satu cabang dalam ilmu sosiologi yang mempelajari dimensi sosial dari sudut politik. Definisi ini mempunyai persamaan dengan Rush yang mengatakan bahawa ia adalah untuk menjelaskan hubungan antara gejala sosial dan gejala politik . Secara umumnya, istilah sosiologi diketengahkan (dipopularkan) oleh Auguste Comte (1798-1857) pada tahun 1839. Sosiologi adalah kajian mengenai masyarakat (ilmu mengenai masyarakat) yang dilihat daripada beberapa aspek tertentu. Ahli sosiologi moden berusaha menjelaskan sosiologi sebagai ilmu yang membahaskan kelompok-kelompok sosial dan interaksi sesama mereka (manusia).Reece Mcgee dalam bukunya Sociology: An Introduction meurumuskan tiga pengertian sosiologi iaitu, pertama, sosiologi adalah pengajian tentang kelompok-kelompok manusia dan pengaruhnya terhadap perilaku individu. Kedua, kajian mengenai sosial dan perubahan yang berlaku dan ketiga, mencari sebab-sebab sosial dari hal-hal, cara-cara di mana fenomena sosial mempengaruhi perilaku manusia.

Sama ada Comte atau Herbert Spencer (1820-1903), juga bersependapat bahawa masyarakat adalah unit asas dalam kajian, sementara yang lain-lain seperti perlembagaan, keluarga, lembaga-lembaga politik, ekonomi dan keagamaan serta interaksi yang berlaku antara mereka adalah sub-sub unit dalam kajian sosiologi politik . Bukan sekadar itu, bagi Rush juga, sosialisasi politik dalam beberapa hal merupakan konsep kunci sosiologi politik . Pendek kata, fokus utama adalah tingkah laku manusia sama ada secara individu mahupun kolektif dalam konteks sosial. Bidang ini agak berbeza sedikit dengan kajian bidang psikologi dan psikitri yang lebih menekankan aspek kejiwaan walaupun ada kaitan antara satu sama lain.

Menurut Rush, subjek sosialisasi politik adalah bidang yang amat luas dan sering mendapat perbahasan dan kritikan. Secara akademik, subjek sosialisasi politik mendapat perhatian berat dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Namun demikian, selepas itu ia menjadi subjek yang mendapat perdebatan dan kritikan hebat para pengkaji.

Herbert Hyman (1959), dalam bukunya Political Socialization: A Study in the Psychology of Political Behaviour, diperakui oleh ahli sains politik sebagai orang yang pertama yang mengemukakan pendekatan sosialisasi politik secara sistematik . Namun demikian, menurut Rush, pendekatan beliau juga mendapat kritikan dan perdebatan yang hebat kerana skop yang dikaji terlalu luas dan ada yang terlalu sempit. Sebenarnya, kajian secara aktif hanya bermula pada tahun 1969 . Tetapi diperakui, tulisan Hyman adalah yang pertama dalam bidang ini. Jika kita ingin melihat dari segi sejarah, maka pendekatan sosialisasi politik telah disentuh secara tidak langsung oleh sarjana klasik politik seperti Plato, Aristotle dan Rousseau. Misalnya pandangan Plato dan Aristotle tentang pentingnya melatih para anggota masyarakat dalam aktiviti-aktiviti politik. Sedangkan bagi Rousseau, mengakui akan pentingnya pendidikan bagi memahami nilai-nilai . Ringkasnya, kita boleh katakan bahawa sosialisasi politik bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Ringkasnya, oleh kerana istilah sosialisasi politik ini bergantung kepada interpretasi individu-individu yang membuat maka, perbincangan, perbahasan dan kritikan mengenainya tidak akan berkesudahan. Malahan bidang ini pada sekitar tahun 1970-an menurut Niemi dan Hepburn dalam tulisannya bertajuk The Rebirth of Political Socialization, sudah hampir terkubur disebabkan oleh salah interpretasi (salah faham) dan kajian yang dangkal

Ilmu sosiologi dan sosialisasi politik melibatkan proses dan sudah pasti pengkajian adalah sesuatu yang relatif serta sukar untuk mendapat jawapan yang tepat seperti ilmu matematik. Apatah lagi ia melibatkan banyak disiplin ilmu yang turut akan disentuh seperti ilmu politik itu sendiri, sosiologi, psikologi, dan antropologi. Inilah bidang yang tidak boleh diketepikan oleh ahli sains politik dalam membuat kajian proses sosialisasi politik. Penulis bersetuju dengan kata-kata Ira S. Rohter dalam artikel bertajuk A Social-Learning Approach to Political Socialization yang berbunyi,

Although political socialization has a diversity of meanings (Dawson, 1966; Dawson and Prewitt, 1969), its fundamental concern is with the functional relationships between the antecedents conditions that individuals experience and their subsequent political behavior

Monday, January 30, 2012

Analisiskan punca-punca konflik politik , terutamanya konflik antara kumpulan etnik

Konflik etnik merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Kurniaan Tuhan supaya setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum. Sungguhpun konflik etnik telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik tetap wujud di setiap pelusuk dunia.
Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan samada konflik etnik akan berkesudahan?
Etnik pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah sama tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama.
Pada dasarnya etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan, konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama dan sebagainya. Selalunya, prasangka timbul akibat penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan terhadap fakta-fakta yang sebenar. Perasaan prasangka sering kali dijadikan alat oleh golongan majoriti untuk menindas golongan minoriti. Walau bagaimanapun, ia tidak bererti bahawa golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain mengikut Teori Scapegoat (Dollard, 1939).
Kesan dari prasangka yang semakin menebal, lama-kelamaan kebencian secara membuta-tuli tanpa sebab dan dikaitkan dengan perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan dengan keganasan dan kemusnahan. Kes “pembersihan etnik” (ethnic cleansing) yang terjadi pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, di mana rasisme telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).

Etnik boleh didefinasikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
Manakan nenurut Hocker dan Wilmot (dalam Isenhart dan Spangle, 2000) konflik adalah luahn perjuangan diantara dua belah pihak untuk mencapai tujuan tertentu, dimana dua pihak itu merasakan tidak memiliki tujuan yang sama,
Konflik Etnik Di Indo China
Konflik yang berlaku di negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997).
Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis. Di sebalik imej negara China yang menonjolkan rakyatnya bersatu-padu di bawah pemerintahan komunis namun sebenarnya negara besar ini masih lagi berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan hubungan etnik sehingga berlaku kekecohan pada 5 Julai lalu.
Selepas insiden rusuhan di Tibet sebelum ini yang jelas menunjukkan penggunaan kekerasan oleh Beijing dalam menangani masalah etnik,kali ini ia berlaku di Urumqi, bandar utama wilayah Xinjiang. Insiden melibatkan kaum Han yang merupakan penduduk majoriti China dengan etnik Uighur, rakyat minoriti beragama Islam yang merupakan penduduk asal Xinjiang itu telah mengorbankan 192 nyawa, selain 1,680 mangsa cedera dalam konflik etnik terbesar sejak berdekad lamanya.
Rusuhan berpunca selepas kematian dua pekerja Uighur di sebuah kilang mainan di wilayah Guangdongdan juga berikutan khabar angin berlaku kes rogol melibatkan lelaki Uighur dan pekerja wanita Han. Berita tersebut sampai ke Xinjiang dan membuatkan penduduk Uighur tidak berpuas hati dan seterus menjalankan demonstrasi menuntut penyiasatan mendalam dilaksanakan terhadap insiden itu. Demonstrasi pada 5 Julai 2010 di bandar Urumqi itu menjadi ganas apabila orang ramai enggan bersurai.
Konfrontasi awal dengan polis akhirnya didakwa bertukar kepada serangan terhadap Han yang dua hari kemudian menyaksikan Han dan Uighur menyelesaikan pergeseran antara mereka di jalan raya, sehingga membawa penangkapan 1,434 orang. Bagaimanapun sehingga ke hari ini pertempuran-pertempuran kecil masih berlaku dan ia dijangka berterusan untuk satu jangka masa yang panjang kerana rasa tidak percaya antara Han dan Uighur yang semakin menebal.
Ekoran krisis etnik yang berlaku kali ini bukanlah yang pertama namun keadaan yang bertambah buruk, Jintao memberi tumpuan kepada usaha untuk mengekalkan kestabilan sosial serta menuding jari ke arah 'tiga pihak' di dalam dan di luar negara bertanggungjawab dalam insiden itu, yang merujuk kepada pelampau agama, kumpulan pemisah dan pengganas.
Rusuhan yang berlaku di Xinjiang mendapat perhatian Turki apabila Perdana Menterinya, Recep Tayyip Erdogan menggesa kerajaan China supaya menghentikan 'kekejaman' di wilayah itu. Turki menganggap etnik Uighur sebagai saudara mereka dan bimbang terhadap layanan yang diberikan China kepada etnik minoriti itu.
Pemimpin aktivis Uighur, Zebiya Kadeer turut menyatakan kebimbangan dengan apa yang berlaku. Lapan juta daripada adalah Uighur yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Turki sebagai bahasa pengantara sekali gus menjadikan mereka majoriti di Xinjiang. Xinjiang sebenarnya adalah antara wilayah pedalaman yang paling terpencil di dunia yang dikelilingi padang pasir dan bersempadan dengan Pakistan, Afghanistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia dan Mongolia dengan populasi seramai 20 juta orang.
Bilangan populasi Han yang semakin bertambah mewujudkan ketegangan kerana jumlah mereka hanyalah enam peratus pada 1949 namun berkembang kepada 40 peratus sekarang, itupun tidak mengira kebanjiran masuk berikutan keadaan ekonomi dan industri cari gali minyak yang pesat.
Menurut sejarah, Xinjiang merupakan sebahagian daripada Jalan Sutera, laluan perdagangan yang membawa sutera China ke Asia Barat dan Eropah. Ia menjadi sebahagian daripada China dalam dinasti terakhir pada abad ke-19. Ekonomi secara tradisi di sini adalah perdagangan, penanaman gandum dan penternakan biri-biri ditambah dengan tanaman kapas, bit gula dan galian seperti minyak dan gas yang merupakan sebahagian besar daripada ekonomi China yang bernilai AS$61 bilion (RM218 bilion).
Harapan menubuhkan negara Uighur berasingan, Republik Turkestan Timur, telah dipatahkan dalam dekad pertama pemerintahan komunis lagi. Walaupun Beijing memberi penekanan kepada semangat kebangsaan di bawah satu kerajaan, etnik-etnik minoriti terus dilayan secara tidak adil, tidak seperti etnik Han yang menduduki sebahagian besar China. Keadaan adalah lebih buruk di sebelah barat yang dulunya berada di bawah penaklukan dinasti Qing, terutamanya kawasan Tibet yang beragama Buddha, etnik Uighur yang beragama Islam di Xinjiang, puak Mongol yang hidup secara nomad dan satu lagi etnik beragama Islam, Hui. Ketegangan etnik bukan perkara baru di kawasan ini kerana pada Februari lalu, ratusan penduduk etnik Hui turut bertempur dengan kaum Han di wilayah Henan, tengah China yang bermula akibat pertengkaran kanak-kanak mengenai mercun.
Malah pernah berlaku satu kemalangan jalan raya di wilayah itu pada 2004 yang kemudian bertukar kepada pergaduhan etnik yang menyebabkan tujuh orang terbunuh menurut berita rasmi, namun laporan luar menyatakan angka kematian setinggi 150 orang. Antara punca terjadinya ketegangan etnik di China adalah kerana layanan tidak sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala hal terutama melibatkan politik dan ekonomi. Malah polisi kerajaan yang mahu melupuskan penggunaan bahasa minoriti atas alasan perpaduan menyebabkan etnik Uighur berasa dipinggirkan, baik dari dalam sistem pendidikan sehinggalah kepada pasaran kerja.
Kerajaan komunis juga mengekang kebebasan beragama selain melantik imam dan ulama, meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta kanak-kanak dari menyertai aktiviti keagamaan, dilihat sebagai satu penindasan dalam usahanya memupuk semangat kebangsaan. Ini dibuktikan apabila pihak berkuasa masih menutup masjid dan tidak membenarkan penduduk Uighur menunaikan solat Jumaat atas alasan ia akan dijadikan tempat memulakan rusuhan dan kekecohan.
Beijing mempertahankan polisi yang diamalkannya sejak 50 tahun lalu itu berjaya membawa kemajuan ekonomi dan infrastruktur ke kawasan minoriti. Apa yang dlihat tidak adil dan lebih mencetuskan ketegangan ialah rusuhan etnik di Xinjiang dipaparkan media negara sebagai berpunca dari etnik Uighur,
Di Indonesia
Republik Indonesia saat ini sedang dilanda sejumlah kekerasan dan dalam beberapa kes konflik yang berpanjangan. Lanjutan perjuangan pemisah di Aceh dan Irian Jaya. Pengolakan komuniti berdasarkan etnik dan agama di Kalimantan dan Maluku dan beberapa wilayah lain.
Konflik-konflik berlarutan dan memuncak di era reformasi, dalam masa dua tahun sejak kejatuhan rejim Suharto. Ia berlaku dalam masyarakat Indonesia di sepanjang garis etnik, agama, dan sosial sebahagian besar dicipta oleh konsekuensi dari tahun pemerintahan autoritarian tambah diburukkan oleh reformasi politik baru seperti proses pemilihan umum dan penghapusan sekatan ekspresi rakyat dan penyertaan massa dan pembaharuan ekonomi . Kesan berterusan dari krisis ekonomi tahun 1997 menjadikan serta memburukkan ketegangan yang ada. Konflik-konflik ini berpotensi untuk memiliki sejumlah implikasi serius bagi Indonesia dan kawasan. Nampaknya ketidakstabilan dan konflik akan terus menghalang pelaburan asing, membuat pemulihan ekonomi Indonesia lebih sukar.
Semasa Presiden Abdurrahman Wahid (Oktober 1999-Julai 2001) beliau berusaha untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya beberapa daripada konflik melalui pelbagai penyelesaian politik. Namun banyak daripada strategi non-tentera dicuba oleh Presiden Wahid terbukti tidak berjaya kerana beberapa faktor termasuk kurangn sokongan politik, ketenteraan dan organisasi yang tidak mencukupi dan pelaksanaan. Kerajaan yang tidak menentu, lemah dan konfrontatif pengurusan juga memainkan peranan besar dalam menghalang pelaksanaan yang berkesan seperti krisis dalaman politik Indonesia.
Fakta menunjukkan bahawa konflik berlaku di Indonesia Oktober 1998 hingga September 2001 saja, ada 18.910 orang bangsa Indonesia meninggal dunia akibat konflik. Kerajaan Indonesia mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan konflik tersebut dan ekoran dari itu ia amat merugikan dari aspek sosial, ekonomi dan politik . Sementara keupayaan untuk menyelesaikan konflk yang dilakukan oleh semua pihak selama ini pada beberapa daerah konflik seperti; di Poso, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah, Maluku dan Maluku Utara masih belum menunjukkan hasil atau tahap yang optimal.
Masalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada keamanannya. Jelas sekali sewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Maka timbulkan masalah konflik etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Seperti yang berlaku di Maluku dimana Maluku Utara dan Maluku Selatan adalah dua wilayah Indonesia di wilayah yang dahulu dikenali sebagai Kepulauan Rempah. Daerah ini mempunyai penduduk sekitar 1.85 juta, yang beragama Kristian dan Muslim.
Sejak tahun 1999 konflik sering berlaku berpunca antara agama. Namun selain itu ia bukan sahaja berpunca daripada masalah agama juga kerana perjuangan antara kumpulan untuk menguasai ekonomi dan politik Diburukkan lagi apabila campurtangan dari organisasi seperti kumpulan militia Islam, Laskar Jihad, ke dalam konflik pada bulan Mei 2000 dianggap sebagai punca utama untuk melindungi Maluku Muslim. Dasar kerajaan pusat, terutama selama Orde Baru, telah menimbulkan ketegangan sosial-ekonomi dan budaya yang ada, dan mencipta aduan bahawa sebahagian besar mendorong kepada konflik hari ini.
Sumber alam semulajadi yang tidak terkawal serta eksploitasi sumber tersebut oleh kerajaan, telah mencipta persepsi eksploitasi oleh pusat pinggiran yang terpinggir, khususnya di Kalimantan. Begitu kerana keinginan Kerajaan Pusat untuk menjaga kepentingan seperti membenarkan pembalakkan dan perkebunan kontrak yang diberikan oleh Presiden Suharto untuk syarikat yang berpusat di Jakarta telah menghasilkan eksploitasi yang sangat sistematik dan menghancurkan hutan Kalimantan oleh kumpulan-kumpulan komersial dan penafian keatas tanah Dayak oleh Kerajaan Indonesia. Selain segala hasil yang dari pembangunan komersial atau pertanian akan disalurkan kepada sekutu Presiden Suharto Persaingan sosial-ekonomi antara kumpulan-kumpulan mencetuskan ketegangan antara puak-puak untuk menguasai antara satu sama lain
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab konflik ini. Ini dapat dilihat dengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalah kepincangan ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan etnik. Boleh dikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada keamanan sesebuah negara.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya. Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan etnik itu dan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.
Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan rakyat secara umunnya. Keadaan ini telah menyebabkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya. Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.
Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik. Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akan bertambah kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam kepentingan, nilai dan penentangan dalam cita-cita. Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh menyebabkan berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh menimbulkan masalah etnik
Faktor-faktor Konflik Etnik
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik etnik dan faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik ini. Daripada analisa yang dibuat mengenai konflik di China dan Indonesia didapati pelbagai faktor yang menyebabkan berlaku konflik tersebut.
Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu.
Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila pemerintah tidak bertindak dan tidak mengambil satu pendekatan yang sesuai untuk menyatupadukan kumupulan yang berkonflik. Sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Ini yang berlaku di China bahawa kaum Han yang merupakan penduduk majoriti China dengan etnik Uighur, rakyat minoriti beragama Islam. Juga dengan layanan tidak sama rata dan lebih memihak kepada etnik Han dalam segala hal terutama melibatkan politik dan ekonomi.
Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok. Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.
Diskriminasi dan prasangka atas dasar agama atau faham agama nyata merupakan faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial.
Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan.
Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini. Di China kerajaan komunis juga mengekang kebebasan beragama selain melantik imam dan ulama, meruntuhkan madrasah tidak berdaftar dan melarang pelajar universiti serta kanak-kanak dari menyertai aktiviti keagamaan, dilihat sebagai satu penindasan dalam usahanya memupuk semangat kebangsaan
Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Dasar-dasar kerajaan di Indonesia yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik.
Ini juga berlaku di China apabila kumpulan majoriti di beri layan istimewa oleh pemerintah. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf serta kedudukan.. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri dan juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik
Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih kuat daripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati, curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.
Ini berlaku di Indonesia. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik.
Di negara Indonesia masalah politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai masalah etnik.
Selain dengan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab konflik ini dengan kewujudan golongan perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik.
Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.
Langkah-Langkah Mengatasi Konflik Etnik
Konflik etnik ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya kerana ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik.
Konflik etnik di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi. Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik.
Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.
Ini dapat di capai dengan menerapkan pendekatan seperti Konsep Intergrasi. Konsep Integrasi pula adalah satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.
Dalam konteks Indonesia mahupun China, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Unsur-unsur integrasi ialah integrasi wilayah untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah, integrasi ekonomi untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik, integrasi kebudayaan untuk pembentukan satu kebudayaan kebangsaan, integrasi sosial merupakan usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan lain-lainnya.
Integrasi pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial, integrasi politik adalah untuk kerjasama dan pembahagian kuasa politik. Proses mencapai sesebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah dan integrasi ialah satu proses yang amat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu
Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia.
Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat.
Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.
Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan .
Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu.
Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.
Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Pendekatan secara tradisional dengan mengadakan rundingan damai antara puak yang bertelingkah salah satu cara untuk mengurangkan konflik berasaskan persetujuan atau menawarkan satu kepentingan dalam puak tersebut.
Dalam perbincangan ini, cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya konflik etnik dan ras di negara-negara misalnya di China. Kesimpulan yang dapat diperkatakan dalam berlakunya konflik etnik ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.
Konflik etnik adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah perkauman serta agama tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti.
Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah perkauman.
Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri.
Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .
Meskipun, pendekatan ini bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik, kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Namun tidak ada jalan pintas menuju ke arah keharmonian dan kedamaian tanpa melalui ujian yang hebat.
Pakar-pakar hubungan etnik menyatakan bahawa antara sikap-sikap yang dianggap sebagai negatif dan menghalang perpaduan negara adalah apabila tidak setia pada negara, tidak memiliki semangat patriotisme, tidak mahu berkompromi, menggunakan berbagai-bagai strategi dan taktik untuk kemenangan kaum sendiri, mementingkan diri, tidak menghiraukan perasaan kaum-kaum lain, tidak mahu hidup berjiran, tidak ada rasa keseronokan untuk saling membantu, bermusuhan dengan kaum-kaum lain, curiga yang terlalu tinggi terhadap kaum lain, hanya mementingkan komuniti etnik sendiri, dan tidak berusaha untuk mempelajari yang terbaik daripada kaum-kaum lain (Mansor Mohd Noor et al, 2007). Pernyataan ini diperkukuhkan lagi seperti mana yang kemukakan oleh para sosiolog di mana mereka memandang betapa pentingnya pengetahuan tentang interaksi sosial.
Pengetahuan tentang interaksi sosial memungkinkan seseorang untuk memperoleh pengertian mengenai segi yang dinamis dari masyarakat atau gerak masyarakat. (Soekanto, 2002:61 dalam Badruzzaman). Melihat kepada faktor halangan sosialisasi di atas, integrasi hanya dapat dicapai jika berlaku interaksi dua hala kerana melaluinya akan menumbuhkan semangat kekitaan dan kekeluargaan. Interaksi hanya akan berlangsung jika penutur bahasa memahami dan menguasai bahasa dan mengungkapkannya seperti bahasanya