Tuesday, June 7, 2011

DEMOKRASI

Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat pilihan, mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain lain. Bangsa Yunani yang memperkenalkan istilah demokrasi menakrifkan demokrasi dalam dua perkataan : Demos, rakyat dan kratein, memerintah : rakyat memerintah. Ini disokong oleh Abe Lincoln melalui kenyataannya “ a people’s government, a government by the people, for the people. Seorang professor falsafah ( Carl Cohen 1931 ) di University of Michigan melalui bukunya demokrasi ( 1971 ) memberi tafsiran demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan komuniti yang mana ahli dalam komuniti tersebut boleh terlibat sama secara sama rata dan saksama dalam melakukan keputusan keputusan yang melibatkan ahli komuniti secara lansung.
Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah megara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat
Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyatlah yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi.
Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominant dalam sejarah dunia tetapi sejak akhir – akhir ini , pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary democracy
Natural rights demokrasi merupakan asas kepada demokrasi yang kita ketahui hari ini. Teori awal ini diambil dari undang – undang alam, law of nature, yang telah diletakkan oleh Tuhan, dimana semua manusia adalah warga alam semesta dan wujud satu kod semesta yang menegakkan hak dan kebenaran. Dalam kod kebenaran ini, semua insan mempunyai hak yang sama untuk bebas dan terlibat dalam pemerintahan sesebuah kerajaan. Idea mengenai teori ini diketengahkan secara meluas oleh John Locke ( 1632 – 1704 ) melalui tulisannya , second treatise of Government.
Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat.
Tingkah laku invididu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif.
Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waraslah yang menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tindak rasional. Bagaimanapun ada juga berpendapat bhawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak rasinoal berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi berpendapat sebaliknya kerana mereka adalah orang yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik.
Demokrasi Membaiki Taraf hidup
Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata yang menguntungkan rakyat.Kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat melalui boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi.
Demokrasi merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan
Walaupun ada beranggap kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya.

No comments:

Post a Comment