Tuesday, January 31, 2012

PENDEKATAN TEORI SOSIALISASI POLITIK (POLITICAL SOCIALISATION)

Budaya Politik
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut lagi mengenai teori sosialisasi politik, konsep asas mengenai pemahaman budaya dan budaya politik mesti difahami terlebih dahulu menurut perspektif sosiologi dan antropologi.Ini kerana, sosialisasi politik berlaku disebabkan oleh proses pembudayaan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dari pelbagai sudut seperti politik, ekonomi dan sosial.

Bagi ahli antropologi dan sosiologi, cara mereka melihat istilah budaya berbeza berbanding dengan cara yang dikaji oleh ahli sains politik walaupun ketiga-tiga bidang ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam kajian antropologi dan sosiologi, budaya memberi makna tentang kehidupan, tindakan dan kepercayaan sesuatu komuniti atau masyarkat. Menurut Herskovits, budaya adalah satu cara hidup, sama seperti definisi sarjana-sarjana Islam (Al-Faruqi).

Ralph Linton, beliau memberikan makna budaya sebagai satu warisan sosial kemanusiaan (the total social heredity of mankid). Yakni satu warisan sosial yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui proses cara sedar, naluri dan pengalaman. Menurut Dowse, Robert E. dan John A. Hughes bukunya Political Sosiology, budaya dilihat sebagai For an individual the cultures gives meaning to the actions and objects of social life.

Definisi budaya agak berbeza sedikit melalui pemerhatian ahli sains politik. Mereka melihat budaya daripada perspektif politik atau dikenali sebagai budaya politik. Almond dan Verba mengaitkan hubungan budaya dan budaya politik seperti berikut: Here we can only stress that we employ the concept of culture in only one of its many meanings: that of psychological orientation toward social objects. When we speak of the political culture of a society, we refer to the political system as internalized in the cognitions, feelings, and evaluations of its population. People are inducted into it just as they are socialized into non-political roles and social systems

Perbahasan mengenai budaya politik juga tidak berkesudahan, sama juga perbahasan mengenai budaya. Setiap sarjana mempunyai pandangan yang berbeza-beza atau interpretasi tersendiri. Ia dijelaskan dengan panjang lebar oleh Yung Wei dalam kajiannya mengenai budaya politik Cina. Menurut beliau, it must be pointed out, however, that the scholars of Chinese political culture should not be the only ones blamed for their failure to provide a clear operational definition of “political culture”. Other political scientists who are not China scholars have already cast doubt on the usefulness of this concept as a research tool. Indeed, if the term “political culture” is to be used so loosely as to include political values, political attitudes, political participation, and other aspects of human behavior in politics, it will definitely cease to be a manageable and measurable concept for research.
Buku-buku yang ditulis oleh Gabriel Almond dan Sidney Verba , Lucian Pye , Roy Macridis , Talcot Parsons, S.E. Finer, Dennis Kanavagh, Robert E. Dowse, John A. Hughes, dan sebagainya boleh dijadikan rujukan dalam memberikan maksud budaya politik. Mehran Kamrava dalam buku Politics and Society in the Third World merumuskan budaya politik sebagai: entails the collective political attitudes of a population, their views and orientations toward the body politic in general and toward specific political events, symbols, and activities. Political culture is part of the more general culture of society and as such is deeply affected by it, and its orientations are implicit, unconscious, and often taken for granted and treated as a priori. Political participations do not consciously reflect on the doctrinal orientations or the political characteristics that a brought on by political culture, and are not even aware that political culture expresses itself in their daily activities and thoughts. As such, political culture is a shared and society-wide framework for political orientation and encompasses the society in its entirety.

Berdasarkan kepada definisi ini, memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa budaya dan budaya politik tidak boleh dipisahkan. Ia amat berkait rapat. Menurut Almond, budaya politik adalah pattern of orientation to political action .Ini seterusnya diperincikan oleh oleh Sidney Verba yang mengatakan: Political culture refers to the system of beliefs about patterns of political interactions and political institutions. It refers not to what is happening in the world of politic but what people believe about those happenings. And these beliefs can be of several kinds. They can be empirical beliefs about what the actual state of political life is, they can be beliefs as to the goals or values that oughts to be persued in political life; and these beliefs may have an important expressive or emotional dimension Definisi tidak banyak bezanya dengan apa yang dikatakan oleh Douglas, budaya politik dilihat sebagai… as the process of acquiring information and attitudes about politics
Robert E Dowse dan John A. Hughes menegaskan, The political culture is the product of the history of both the political system and the individual members of the system, and, thus, is rooted on public events and private exrerience

Berdasarkan kepada pelbagai interpretasi di atas dan relevannya kepada kajian ini maka penulis boleh simpulkan bahawa dalam konteks Malaysia, budaya politik boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kepercayaan bagaimana orang awam atau rakyat mendapatkan pandangan, pendapat dan sikap terhadap politik. Ia bertepatan dengan kata-kata Lucian Pye yang menitik beratkan perkembangan politik di negara-negara baru. Ukurannya berdasarkan kepada skop politik, matlamat dan kaedah politik, penilaian terhadap tindakan politik dan nilai-nilai yang membawa kepada tindakan politik. Secara langsung kata-kata Finer yang mengatakan bahawa kewibawaan pemerintah dan institusi-institusi serta percaturan-percaturan politik adalah turut berkaitan dalam kajian ini terhadap persepsi orang Cina terhadap politik orang Melayu di Malaysia. Namun demikian, ada satu lagi teori politik yang amat berkait rapat dengan budaya dan budaya politik iaitu teori sosialisasi politik. Pendekatan teori adakan digunakan dari masa ke semasa berbanding dengan budaya politik, kerana proses sosialisasi politik yang dilalui hasil daripada budaya politik yang membentuk keunikan dalam kajian ini.

Sosiologi Politik dan Sosialisasi Politik
Sosiologi politik adalah salah satu cabang dalam ilmu sosiologi yang mempelajari dimensi sosial dari sudut politik. Definisi ini mempunyai persamaan dengan Rush yang mengatakan bahawa ia adalah untuk menjelaskan hubungan antara gejala sosial dan gejala politik . Secara umumnya, istilah sosiologi diketengahkan (dipopularkan) oleh Auguste Comte (1798-1857) pada tahun 1839. Sosiologi adalah kajian mengenai masyarakat (ilmu mengenai masyarakat) yang dilihat daripada beberapa aspek tertentu. Ahli sosiologi moden berusaha menjelaskan sosiologi sebagai ilmu yang membahaskan kelompok-kelompok sosial dan interaksi sesama mereka (manusia).Reece Mcgee dalam bukunya Sociology: An Introduction meurumuskan tiga pengertian sosiologi iaitu, pertama, sosiologi adalah pengajian tentang kelompok-kelompok manusia dan pengaruhnya terhadap perilaku individu. Kedua, kajian mengenai sosial dan perubahan yang berlaku dan ketiga, mencari sebab-sebab sosial dari hal-hal, cara-cara di mana fenomena sosial mempengaruhi perilaku manusia.

Sama ada Comte atau Herbert Spencer (1820-1903), juga bersependapat bahawa masyarakat adalah unit asas dalam kajian, sementara yang lain-lain seperti perlembagaan, keluarga, lembaga-lembaga politik, ekonomi dan keagamaan serta interaksi yang berlaku antara mereka adalah sub-sub unit dalam kajian sosiologi politik . Bukan sekadar itu, bagi Rush juga, sosialisasi politik dalam beberapa hal merupakan konsep kunci sosiologi politik . Pendek kata, fokus utama adalah tingkah laku manusia sama ada secara individu mahupun kolektif dalam konteks sosial. Bidang ini agak berbeza sedikit dengan kajian bidang psikologi dan psikitri yang lebih menekankan aspek kejiwaan walaupun ada kaitan antara satu sama lain.

Menurut Rush, subjek sosialisasi politik adalah bidang yang amat luas dan sering mendapat perbahasan dan kritikan. Secara akademik, subjek sosialisasi politik mendapat perhatian berat dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Namun demikian, selepas itu ia menjadi subjek yang mendapat perdebatan dan kritikan hebat para pengkaji.

Herbert Hyman (1959), dalam bukunya Political Socialization: A Study in the Psychology of Political Behaviour, diperakui oleh ahli sains politik sebagai orang yang pertama yang mengemukakan pendekatan sosialisasi politik secara sistematik . Namun demikian, menurut Rush, pendekatan beliau juga mendapat kritikan dan perdebatan yang hebat kerana skop yang dikaji terlalu luas dan ada yang terlalu sempit. Sebenarnya, kajian secara aktif hanya bermula pada tahun 1969 . Tetapi diperakui, tulisan Hyman adalah yang pertama dalam bidang ini. Jika kita ingin melihat dari segi sejarah, maka pendekatan sosialisasi politik telah disentuh secara tidak langsung oleh sarjana klasik politik seperti Plato, Aristotle dan Rousseau. Misalnya pandangan Plato dan Aristotle tentang pentingnya melatih para anggota masyarakat dalam aktiviti-aktiviti politik. Sedangkan bagi Rousseau, mengakui akan pentingnya pendidikan bagi memahami nilai-nilai . Ringkasnya, kita boleh katakan bahawa sosialisasi politik bermula apabila masyarakat belajar mengenai politik dan kerajaan dengan melalui putaran hidup bermula dengan zaman kanak-kanak, dewasa dan zaman tua.

Ringkasnya, oleh kerana istilah sosialisasi politik ini bergantung kepada interpretasi individu-individu yang membuat maka, perbincangan, perbahasan dan kritikan mengenainya tidak akan berkesudahan. Malahan bidang ini pada sekitar tahun 1970-an menurut Niemi dan Hepburn dalam tulisannya bertajuk The Rebirth of Political Socialization, sudah hampir terkubur disebabkan oleh salah interpretasi (salah faham) dan kajian yang dangkal

Ilmu sosiologi dan sosialisasi politik melibatkan proses dan sudah pasti pengkajian adalah sesuatu yang relatif serta sukar untuk mendapat jawapan yang tepat seperti ilmu matematik. Apatah lagi ia melibatkan banyak disiplin ilmu yang turut akan disentuh seperti ilmu politik itu sendiri, sosiologi, psikologi, dan antropologi. Inilah bidang yang tidak boleh diketepikan oleh ahli sains politik dalam membuat kajian proses sosialisasi politik. Penulis bersetuju dengan kata-kata Ira S. Rohter dalam artikel bertajuk A Social-Learning Approach to Political Socialization yang berbunyi,

Although political socialization has a diversity of meanings (Dawson, 1966; Dawson and Prewitt, 1969), its fundamental concern is with the functional relationships between the antecedents conditions that individuals experience and their subsequent political behavior

No comments:

Post a Comment