Tuesday, July 31, 2012

Organisasi bukan kerajaan (NGO) merupakan saluran penyertaan politik yang penting dalam masyarakat sivil di Malaysia.

Pertubuhan bukan kerajaan non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar Dari aspek teoritikalnya, kewujudan dan aktivisme badan bukan kerajaan dapat dikenalpasti dalam kerangka masyarakat sivil . Ciri-ciri utama masyarakat sivil adalah kewujudan badan bukan kerajaan sebagai aktor utama dalam memainkan peranannya untuk menciptakan ruang yang seluas-luasnya dalam berkomunikasi di antara kalangan orang awam dengan kerajaan. Ruang komunikasi ini berkaitan dengan masalah-masalah kemasyarakatan yang dilakukan secara bebas dan berdikari dari campur tangan mana-mana pihak. Sedangkan, ditinjau secara konseptual, badan bukan kerajaan adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan pihak kerajaan. Banyak juga badan bukan kerajaan ditubuhkan bagi membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, bahkan sesetengahnya pula diwujudkan sendiri oleh kerajaan atas sebab pelbagai kepentingan politik, pentadbiran dan pelaksanaan dasar kerajaan. Namun ada juga badan bukan kerajaan yang diasaskan atas tujuan mencabar kelemahan-kelemahan kerajaan atau menawarkan ideologi alternatif. Badan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental organization . Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahan, kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi. Kajian mengenai penyertaan politik di negara ini masih berfokus kepada struktur parti politik, kesatuan sekerja dan media. Memang ada kajian mengenai struktur politik pertubuhan bukan kerajaan , namun daripada analisis yang dibuat, kebanyakan kajian itu masih di peringkat permukaan sifatnya. Justeru, kajian mengenai badan bukan kerajaan harus digiatkan lagi berikutan penting strukturnya dalam konteks politik moden, lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang mendapati matlamat penyertaan politik badan bukan kerajaan tidak jelas. Ini kerana, antara beberapa faktor kunci yang membawa kepada penubuhan badan bukan kerajaan ialah kerana adanya pandangan yang mengatakan parti politik sukar dijadikan struktur bagi menyuarakan pelbagai kepentingan politik masyarakat. Ada pihak yang mengatakan sifat perkauman yang ada pada hampir semua parti politik, menghalang keberkesanan untuk menyuarakan kepentingan politik masyarakat yang bukan perkauman (non communal) dan rentas budaya (cross culture) seperti kepentingan kepenggunaan, alam sekitar, kepekaan jantina, hak asasi dan seumpama. Selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pelbagai usaha dilakukan, sama ada menubuh atau terus menggiatkan kegiatan berpersatuan yang bukan perkauman dan rentas budaya seperti persatuan pengguna, pertubuhan wanita, alam sekitar atau persatuan yang berslogankan kesedaran politik masyarakat. Ramai aktivis masyarakat yang berpandangan, bukan saja sifat perkauman yang ada parti politik itu menghalang keberkesanan menyuarakan kepentingan politik awam, malah pindaan dan penguatkuasaan beberapa akta kononnya memihak kepada parti politik dalam kerajaan semata-mata. Oleh itu, bermula satu era baru dalam politik Malaysia apabila kegiatan penyertaan politik yang sebelumnya membabitkan badan seperti parti politik, kesatuan sekerja dan media, bertambah dengan politik penyertaan badan bukan kerajaan. Pada 1981, satu cadangan dibuat bagi meminda Akta Pertubuhan 1966, sebahagiannya kerana sama ada kegiatan atau sumbangan kewangan yang dilakukan dan diperolehi oleh pertubuhan berkenaan masih tidak jelas dan meragukan, lebih-lebih lagi didapati sebahagiannya amat dipengaruhi oleh aktiviti pertubuhan radikal di luar negara. Bermula dari detik inilah didapati kegiatan penyertaan politik badan bukan kerajaan semakin giat dan lantang, khususnya dalam membantah pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Polis dan akta lain termasuk Akta Pertubuhan sendiri. Oleh itu, beberapa persoalan wajar diketengahkan apabila didapati wujud pembabitan beberapa masyarakat dan pemimpin badan bukan kerajaan dalam parti politik secara aktif. Adakah pandangan mereka bahawa kepentingan politik masyarakat yang selama ini dikatakan hanya berkesan disuarakan melalui penyertaan badan bukan kerajaan sudah berubah? Atau sebenarnya penyertaan mereka dalam parti politik hanya manifestasi simpati terhadap tokoh tertentu, yang dikuatkan dengan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemimpin? Ini adalah satu paradoks politik kerana mereka yang sebelum ini berpandangan bahawa parti politik tidak sesuai bagi saluran menyuarakan kepentingan awam, dan mereka sendiri mengatakan pilihan raya hanya menguntungkan parti politik dalam kerajaan semata-mata kini menyertai parti politik dan berhasrat pula bertanding dalam pilihan raya. Badan bukan kerajaan harus jadikan sebagai struktur politik yang benar-benar bertanggungjawab bagi menyuarakan pelbagai kepentingan awam yang diwakilinya. Apabila ada campur-aduk antara aktiviti badan bukan kerajaan dengan parti politik, dikhuatiri keberkesanan penyertaan politik badan bukan kerajaan mewakili kelompok tertentu akan menjadi lemah dan terjejas. Ini lebih merumitkan lagi sekiranya aktivis yang menyertai parti politik berkenaan dengan menggunakan badan bukan kerajaan untuk memperluaskan dan memperkuat sokongan dan pengaruhnya dalam parti politik berkenaan. Kalau diperhatikan, banyak pihak yang bukan saja berpandangan negatif dan curiga terhadap aktiviti sesetengah badan bukan kerajaan, malah ramai pemimpin badan bukan kerajaan terbabit tidak dikenali oleh masyarakat akar umbi, meskipun mendakwa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan masyarakat di pelbagai peringkat yang dikatakan diwakili badan berkenaan. Sebenarnya, banyak perkara yang perlu dilakukan oleh pemimpin badan bukan kerajaan bagi memadam dan mengikis beberapa kekeliruan serta pandangan negatif terhadap badan bukan kerajaan dan seterusnya berusaha memperjuangkan secara berkesan kepentingan kelompok yang diwakilinya. Sesetengah pihak menganggap kebanyakan badan bukan kerajaan yang berpolitik lebih cenderung menganjurkan kegiatan yang dipengaruhi oleh pemikiran badan bukan kerajaan di Barat. Selain itu, sebahagian aktiviti badan bukan kerajaan itu pula mendapat pembiayaan daripada sumber kewangan dari negara barat. Dari sudut lain, kemungkinan wujud konflik antara dua negara merdeka tercetus disebabkan adanya badan bukan kerajaan yang mendapat sumber asing berkecenderungan lebih mengutamakan dasar dan program negara yang menyumbangkan bantuan berbanding dasar dan program negara sendiri, tidak dapat dielakkan 100 peratus. Dalam beberapa kajian, ada beberapa pihak yang mendapati bahawa penubuhan badan bukan kerajaan amat dipengaruhi oleh konflik dan perpecahan dalam beberapa pergerakan sosial yang berpunca daripada kelemahan dan kehancuran fahaman komunis dan sosialis. Kelemahan dan kehancuran pergerakan itu menyebabkan mereka mencari-cari pendekatan dan ideologi baru bagi menghidupkan semula pergerakan sosial itu. Umumnya, pergerakan sosial yang dikatakan berupaya menyatukan perpecahan itu amat dipengaruhi pula oleh fahaman neo-liberal barat. Perkembangan sedemikian menyebabkan ramai pihak yang meragui perjuangan badan bukan kerajaan. Ini kerana, kebanyakan aktivitinya didapati lebih tertumpu di kalangan golongan profesional dan kelas pertengahan, yang menyukarkan penyertaan masyarakat akar umbi dan tempatan, lantaran prinsip dan falsafahnya yang cenderung elitis. Tidak dapat dinafikan struktur badan bukan kerajaan amat diperlukan bagi memenuhi tuntutan masyarakat yang semakin kompleks justeru pertumbuhan ekonomi dan perkembangan sosio budaya di negara ini. Oleh itu, lebih ramai pemimpin yang altruistik diperlukan bagi membolehkan pelbagai kepentingan masyarakat berkenaan disuarakan secara lebih tersusun dan berkesan. Janganlah hendaknya badan bukan kerajaan dijadikan batu loncatan bagi mengembang dan memperluaskan pengaruh dan kepentingan individu tertentu. Masyarakat akar umbi lebih berminat dan tertarik dengan kegiatan dan falsafah badan bukan kerajaan sekiranya pandangan negatif mengenai badan bukan kerajaan itu dapat dibersihkan oleh pemimpinnya dan pada masa yang sama kegiatannya lebih sesuai dengan kepentingan masyarakat setempat dan budaya politik negara. Secara umumnya, badan bukan kerajaan di Malaysia bergiat dan membabitkan diri dalam persoalan-persoalan alam sekitar, perlindungan dan hak pengguna, hak asasi manusia, isu-isu pembangunan dan gerakan feminisme. Mengikut Syed Husin Ali, corak dan sifat kerajaan yang autoritarian adalah antara punca kemunculan badan bukan kerajaan yang pesat di Malaysia selain faktor ideologi pembangunan yang dianut kerajaan sejak 1970-an lagi. Perkembangan ini juga dikaitkan dengan fenomena global mengenai gerakan perubahan masyarakat khususnya apa yang berlaku di Barat yang disebut juga sebagai lahirnya era new politics. Bagaimanapun, badan bukan kerajaan dalam pengertian pertubuhan bukan kerajaan an sich yang maksudnya tanpa adanya dikotomi badan bukan kerajaan politik dan bukan politik sudah wujud sejak sebelum merdeka lagi. Apa yang ketara dalam kedinamikan perjalanan badan bukan kerajaan dalam masa yang cukup panjang itu adalah berlakunya sebuah proses transformasi ideologis dan sosiologis berikutan semakin membaiknya tingkat pendidikan dan ekonomi rakyat negara ini. Dilihat dari sifat dan agenda perjuangannya, terdapat dua kategori badan bukan kerajaan iaitu badan bukan kerajaan politik dan badan bukan kerajaan bukan politik Pengkategorian ini berdasarkan kepada isu-isu yang diperjuangkan dan matlamat utama yang menjadi halatuju organisasi. Menurut Saliha, badan bukan kerajaan politik merujuk kepada penglibatan mereka kepada isu-isu yang berkaitan dengan politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran sama ada secara langsung dan sengaja atau secara kebetulan dan berpilih-pilih. Manakala badan bukan kerajaan bukan politik tidak melibatkan diri secara langsung dalam proses politik negara namun sebaliknya menumpukan perhatian terhadap isu-isu kebajikan, khidmat masyarakat, rekreasi, kebudayaan, kepenggunaan dan perdagangan. Bidang-bidang yang dikerjakan badan bukan kerajaan bukan politik ini bersifat melengkapi dan mengisi kerja di bahagian-bahagian yang selama ini kurang mendapatkan tumpuan institusi pemerintah seperti kempen masalah kesihatan, alam persekitaran dan kesejahteraan sosial. Bagaimanapun, di Malaysia badan bukan kerajaan lebih popular dalam kategori badan bukan kerajaan politik kerana pelbagai aktivitinya yang menyerlahkan dimensi politiknya berbanding badan bukan kerajaan bukan politik kerapkali mendapat perhatian pihak kerajaan. Ini adalah wajar memandangkan aspek-aspek politik biasanya menarik minat orang ramai untuk mengetahui perkembangan semasa politik negara apatah lagi apabila ia mendapat liputan dari media massa. Oleh itu, kewujudan dan peranan badan bukan kerajaan politik di Malaysia kerana sifatnya yang sedemikian seringkali mengundang kecurigaan dan tidak disenangi kerajaan. Dalam banyak hal, badan bukan kerajaan yang bersifat politik terutama bagi badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan menciptakan ideologi alternatif, boleh dikatakan cenderung antagonistik terhadap dasar-dasar kerajaan yang dianggap tidak sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan dengan tujuannya berdasarkan teori pluralisme iaitu satu keadaan yang mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu arena politik. Seterusnya, kumpulan-kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan kepentingan masing-masing dan ia mempengaruhi pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan. Kenyataan ini sesuai dengan pendapat Baradat (1979), bahawa proses pembuatan keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat pelbagai kumpulan pendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan dasar kerajaan yang merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap tuntutan kumpulan-kumpulan tersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti bersifat bebas agar dasar yang dibentuk tidak bersifat bias atau berat sebelah pihak sahaja. Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik perhatian pembuat-pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik melobi, demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan umum dan promosi kepada orang awam. Maka, kaedah-kaedah ini akan dapat merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing baik dalam isu pembangunan ekonomi atau pembangunan politik Negara Bahagian ini akan menjelaskan kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan dalam yang mengiktiraf kepelbagaian kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sistem politik negara. Penghuraian ini penting kerana ia dapat membantu untuk memahami bagaimana badan bukan kerajaan mendapat keabsahan, autoriti dan kesignifikanannya dalam mempengaruhi isu politik di Malaysia. Badan-badan bukan kerajaan diabsahkan kewujudannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10. Kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Walaubagaimanapun, badan bukan kerajaan harus mendaftarkan kumpulan melalui Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (JPPM) berdasarkan kehendak Akta Persatuan 1966. Setelah itu, badan bukan kerajaan akan diiktiraf sebagai sebuah badan yang berautoriti. Peranan badan bukan kerajaan penting untuk membangun suatu masyarakat dan bangsa. Ini disebabkan kerana banyak pembiayaan dari perorangan, institusi dan pemerintah untuk masyarakat disalurkan melalui badan bukan kerajaan. Sejak tahun 1970-an, lewujudan badan bukan kerajaan telah bertambah banyak. Walau pun badan bukan kerajaan bukan parti politik, tetapi mereka juga tidak boleh berpisah daripada prinsip yang saya sebut tadi. Badan bukan kerajaan juga perlu berjuang atas nilai-nilai sejagat seperti demokrasi, keadilan, kebebasan, kesaksamaan, setiakawan dan keamanan. Kesejahteraan rakyat juga merupakan matlamat muktamad mereka Peranan badan bukan kerajaan di Malaysia juga amat penting dalam penentuan bentuk demokrasi negara dan nasib rakyat jelata. Badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh parti-parti politik kerana badan bukan kerajaan merupakan satu kuasa non-partisan. Badan bukan kerajaan boleh menggunakan sifat non-partisan ini untuk menyatupadukan parti-parti politik yang menganut kepercayaan politik yang berlainan. Kadang-kadang rakyat merasa lebih selesa dan lega untuk berjuang bersama-sama menggubah satu program alternative yang dapat menjamin kestabilan, pembangunan dan keutuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat. Badan bukan kerajaan di tanahair kita ini telah memainkan satu peranan yang penting dan positif untuk mengekalkan kestabilan politik sejak kemerdekaan negara Malaysia Banyak suara dari badan bukan kerajaan mengegur kerajaan supaya mengamalkan prinsip dan cara perjuangan melalui sistem pemilihan demokratik.misalnya untuk menghormati keputusan pengundi dan pilihan rakyat. Tidak menggunakan wang politik, manipulasi sistem pengundian, penguasaan media dan taktik-taktik kotor yang lain untuk mengekalkan kuasa pemerintahan mereka. Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara-negara maju. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dalam sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan pembentukan dasar dan matlamat sesebuah kerajaan. Badan bukan kerajaan juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan hak sivil juga badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja, pengguna dan kumpulan sasaran tertentu. Di Malaysia penglibatan badan bukan kerajaan dalam proses pembangunan politik dilihat amat penting samada menyokong atau mendesak kerajaan mengenai apa sahaja tindakan yang diambil oleh kerajaan dapat diimbangi jika masyarakat merasakan tindakan tersebut dibuat tidak memberi kebaikan kepada masyarakat serta dilaksanakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan sebelah pihak sahaja. Pengelibatan badan bukan kerajaan dalam pembangunan politik sebagai satu platform atau asas kepada kerajaan samada menilai serta menghalusi semula setiap tindak-tinduk yang diambil oleh kerajaan harus mengambilkira pelbagai aspek demi kepentingan negara dan rakyatnya. Ini kerana apa sahaja dibuat, sudah pasti ia member impak kepada rakyat maka rakyat akan menerima kesan dari tindak tersebut. Ini perlu dibuat atas kepentingan dan kestabilan politik kerana negara kita mempunyai masyarakat yang berbilangan kaum Perkasa merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bergiat aktif dalam pembangunan Politik Malaysia. Tujuan Perakasa ditubuhkan adalah bagi menyediakan landasan untuk kaum pribumi menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik selain itu juga bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan pribumi. Selain itu Perkasa ingin memperjuangkan serta mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbagai kaum di Malaysia dan dari itu hanya dengan memahami sejarah serta menerimaan perjuangan bangsa, toleransi dan mufakat kaum pribumi serta menghormati kontrak sosial oleh kaum lain baru usaha membangun bangsa Malaysia berasaskan acuan kita sendiri. Antara peranan yang diperjuangkan oleh Perkasa ialah memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan, memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, mempertahankan hak-hak Keistimewaan orang Melayu, memperkasakan kaum pribumi, menyatupadukan kaum pribumi dengan peperaduan rakyat Malaysia dan mempertahankan Kedaulatan Negara. Baru-baru ini Perkasa telah mendesak Pemimpin negara supaya tidak tunduk kepada pihak luar seperti desakan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan alasan penggunaannya melanggar lunas perundangan dan hak asasi manusia di dalam sebuah negara demokrasi. Pendirian Perkasa jelas bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri masih sesuai untuk digunakan bagi menjamin kestabilan negara dan perlu juga dikekalkan bagi menjamin keamanan negara. Perkasa akan menentang sesetengah pihak yang cuba untuk mendesak atau mencadangkan agar memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri demi kepentingan negara Malaysia secara amnya. Pada sudut yang lain pula, Perkasa Pulau Pinang berpandangan serta menyarankan bahawa Pemimpin Melayu atau ahli politik Melayu harus diberi peluang mahupun dilantik sebagai Ketua Menteri kerana selama ini pemimpin yang pernah dilantikan adalah bukan orang Melayu. Alasan Perkasa untuk mendesak kerajaan kerana mereka merasa penindasan berlaku kerana tidak mengambilkira kepentingan kaum lain. Perkasa mencadangkan setidak-tidaknya mengamalkan corak Sistem Giliran seperti yang dilaksanakan di Negeri Sabah agar dapat mengelakkan berlaku konflik atau ada masyarakat lain merasa tertindas jika tidak diberi peluang. Sebagai kesimpulan perbincangan ini telah menjelaskan peranan yang dimainkan oleh badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan poltik Malaysia., organis jelas bahawa badan bukan kerajaan sememangnya berperanan besar dalam isu pembangunan kerana ia mewakili kelompok masyarakat yang nyata terpinggir atau terlepas pandang dalam arus pembanguan politik yang kian dipengaruhi oleh sentimen-setimen yang sering dibangkitkan tanpa mengira atau menjaga perasaan mana-mana kaum asalkan kehendak pihak tertentu tercapai. Kesimpulannya, badan bukan kerajaan harus menjalankan peranan sebagai wakil kumpulan pekerja, pengguna dan semua etnik dengan lebih berkesan agar ia dapat memberi impak yang berterusan dalam pembangunan politik di Malaysia.

Thursday, July 26, 2012

Kewujudan penempatan setinggan merupakan permasalahan yang lumrah di bandar di negara negara membangun

Dalam era globalisasi kini, masyarakat dunia berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam kehidupan mereka. Salah satunya ialah proses ‘urbanisasi’ atau perbandaran. Pembandaran lazimnya ditakrifkan sebagai suatu proses perubahan sama ada penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan dan kegiatan ekonomi, pemikiran manusia dan segalanya ke arah bandar. Kingsley Davis(1972), seorang pakar dalam kajian penduduk, mentakrifkan urbanisasi sebagai proses penumpuan penduduk mendiami kawasan yang boleh dianggap bandar bagi sesebuah daerah, negara atau unit- unit kawasan yang lain. Ambe (2003), fenomena ini semakin pesat berlaku khususnya di rantau Asia. Urbanisasi adakalanya ditakrifkan sebagai satu proses perubahan masyarakat daripada bercorak desa yang biasanya tidak formal ke corak bandar yang lazimnya lebih formal. Walau bagaimanapun, pengkaji bandar di negara- negara membangun seperti Mc Gee(1971) dan Breese(1969) berpendapat bahawa perbezaan tidak wujud dengan jelas di negara- negara dunia ketiga. Menurut laporan United Nations (1996), negara membangun akan menjadi kawasan tumpuan pembangunan dan penduduk menjelang tahun 2015. Menurut Davis (1969), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan indikator peningkatan penumpuan penduduk di kawasan bandar sebagai kayu ukur kepada kepesatan urbanisasi. Perbandaran seringkali dianggap sebagai petunjuk modenisasi, peningkatan taraf hidup serta kemajuan sama ada di negara membangun atau negara maju, kerana perbandaran merupakan prasyarat untuk pemodenan dan perkembangan. Oleh itu, perbandaran merupakan satu elemen penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Dalam kepesatan perbandaran, pelbagai perubahan akan berlaku iaitu meliputi aspek seperti ekonomi, demografi, politik, budaya, teknologi, sosial dan faktor persekitaran semulajadi yang mana perubahan- perubahan ini merupakan petunjuk kepada kepesatan perbandaran. Namun demikian, seiring dengan kepesatan, perkembangan, kemajuan serta pembangunan infrastruktur, manusia boleh mencetuskan pelbagai fenomena sosial. Knox (1994), menjelaskan bahawa setiap perubahan yang berlaku dalam bandar adalah saling berhubung kait kesan daripada proses perbandaran. Justeru itu, perlulah diberi penumpuan terhadap sejauhmanakah kepesatan urbanisasi di negara membangun mempengaruhi peningkatan permasalahan sosial bandar kesan daripada peningkatan penududuk bandar. Perkembangan pesat dalam sektor industri negara telah memberi kesan kepada peningkatan peluang pekerjaan. Keadaan ini telah merubah struktur sosial dan ekonomi negara yang menjurus kepada perkembangan pesat perindustrian dan perbandaran lalu memberi lebih banyak peluang ekonomi di pusat-pusat bandar. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk turut serta dalam pembangunan ekonomi negara telah mengakibatkan penduduk di pusat-pusat bandar bertambah dengan cepat tetapi sektor perumahan tidak mampu menampung kepesatan ini menyebabkan wujudnya penempatan segera yang tidak tersusun atau lebih dikenali sebagai setinggan. Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dulu lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran atau imej yang berlawanan dengan nilai-nilai kekeluargaan. Antara imej yang sering dipaparkan ialah keadaan bangunan yang buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tidak ada kemudahan infrastruktur dan menjadi tempat tumpuan pendatang asing. Setinggan secara umumnya boleh dimaksudkan atau dirujuk kepada seseorang atau segolongan orang yang mendiami atau menduduki sesuatu tanah secara haram atau melalui cara yang tidak sah dari segi undang-undang sama ada dengan cara pencerobohan ataupun melalui kaedah-kaedah yang lain Setinggan merujuk kepada satu kawasan perumhan yang kekurangan kemudahan asas seperti bekalan infrastruktur contoh air, tempat pembuangan sampah, sistem pembentungan dan lain-lain. Kawasan setinggan didirikan secara tidak sah dari segi perundangan dimana penduduk setinggan mendirikan rumah di tanah rizab kerajaan, tanah orang perseorangan ataupun tanah milik swasta. Di Asia Tenggara, setingan adalah akibat pertumbuhan bandar-bandar moden moden yang pesat Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana penempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan, ketidak selesaan, keseseakan, kekotoran dan kekurangan kemudahan asas. Fenomena setinggan sudah menjadi masalah utama negara sejak dari dulu lagi dan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah seperti kesesakan penghuni, keadaan tempat tinggal yang tidak sempurna, kemiskinan dan tiada kemudahan infrastruktur yang sempurna. Kewujudan setinggan di bandar raya seperti kota New York, London, Paris, Bangkok, malah Kuala Lumpur kadangkala mencacatkan pemandangan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap bandar raya yang dikagumi itu. Faktor ini menjadi tarikan utama penghijrahan penduduk ke kawasan bandar. Pertambahan penduduk di bandar menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran mendapatkan rumah. Ini mendorong kepada pembukaan kampung setinggan dan penempatan haram seperti di kawasan pantai, bekas lombong dan kawasan pinggir bandar. Bagaimanakah penempatan setinggan yang berleluasa di seluruh negara dapat diatasi? Sungguhpun penduduk di bandar tinggal berhampiran antara satu sama lain di tempat yang terdapat kesesakan penduduk dalam satu kawasan kecil, tetapi perhubungan mereka sangatlah jauh, tidak seperti keadaan di luar bandar. Walaupun mereka tinggal berjauhan tetapi perhubungan mereka begitu rapat. Keadaan seperti ini menimbulkan beberapa kesan sosial yang membezakan keadaan masyarakat di bandar dan luar bandar. Pelbagai masalah sosial wujud akibat daripada proses urbanisasi ini, antara masalah sosial tersebut ialah masalah jenayah. Permasalahan ini berlaku disebabkan penyerapan lebihan penduduk yang terlalu ramai di sesebuah bandar. Hal ini kerana, urbanisasi yang berlaku di sesebuah bandar menggalakkan berlakunya migrasi masuk dalam kawasan bandar. Proses ini menyebabkan peluang pekerjaan yang ada terhad untuk disesuaikan dengan kelayakan akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh migran yang datang Penghirahan masyarakat luar Bandar ke kawasan Bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan. Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar, tukang kayu, pekerja kilang, peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah. Justeru itu berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal. Di negara kita, setinggan mula meningkat ekoran daripada penghijrahan penduduk secara besar-besaran daripada luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan. Kesan daripada penghijrahan tersebut, penduduk di bandar-bandar utama semakin meningkat yang menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran untuk memiliki atau menyewa rumah di pasaran terbuka. Ini mendorong kepada pembukaan kawasan-kawasan penempatan setinggan samada di atas tanah-tanah Kerajaan mahupun tanah-tanah persendirian. Di Manila mengikut laporan Utusan Malaysia Kesengsaraan golongan miskin bukan sekadar menyebabkan mereka merempat di lorong-lorong kecil mahu pun di pinggir-pinggir bandar, malah lebih daripada itu. Bayangkan lebih 10,000 warga kota raya itu menjadikan perkuburan sebagai rumah mereka. Bukan rumah sementara, bukan juga untuk diri sendiri. Tetapi Manila's North Cemetery menjadi rumah kekal lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk televisyen, set karaoke, dapur memasak dan pelbagai lagi Alasan untuk terus tinggal di situ adalah mereka tidak mempunyai pilihan. Jika pun ada, mereka enggan berpindah kerana tempat lain seperti tepi jalan, tepi sungai, bawah jambatan atau di tempat pembuangan sampah bukan saja kotor malah tidak selamat. Di kawasan perkuburan itu mereka berasa selamat, bebas melakukan aktiviti termasuk berniaga secara kecil-kecilan. Kawasan itu juga sentiasa dibersihkan oleh pekerja dewan bandar raya. Pelbagai faktor yang menyumbangkan wujudnya setinggan di negara-negara yang sedang membangun. Wujudnya kawasan-kawasan terbiar Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit Merebut Peluang Pekerjaan Bandar menjanjikan peluang pekerjaan sama ada kepada golongan berpelajaraan atau tidak berpelajaraan. Namun begitu kadar upah yang rendah berbanding kos sara hidup di kawasan Bandar menyebabkan golongan migrasi yang tidak berpelajaraan tinggi tidak layak mampu menyewa tempat tinggal yang selesa. Jalan terakhir adalah dengan membina rumah setinggan atau menyewa rumah setinggan Migrasi Penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Disebabkan kesusahan dan kemiskinan hidup di luar bandar maka pertumbuhan penduduk yang pesat di luar bandar menyebabkan kekurangan tanah secara purata berbanding jumlah penduduk. Keadaan ini menyebabkan pengagguran dan pendapatan yang tidak terjamin di sektor pertanian. Migrasi yang berlaku sama ada migrasi dalaman atau migrasi antarabangsa merupakan penyumbang kepada masalah in yang kini membimbangkan semua negara kerana tidak kawalan atau peraturan untuk mencegah kadar penghijrah ini. Hal ini kerana, aliran migrasi yang terlalu ramai menyebabkan peluang pekerjaan yang wujud tidak sepadan dan tidak dapat menampung penawaran tenaga kerja yang ada. Persaingan pekerjaan antara pekerja tempatan dengan pekerja asing memburukan lagi masalah ini. Kos Hidup Yang Tinggi Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan dan menimbulkan masalah seperti untuk kerajaan untuk membangunkan kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak atau mencari penempatan baruk golongan ini..Kebanyakan mereka berpendapatan rendah kerana bekerja di sektor yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka Kekurangan rumah kos rendah Di negara kita,misalnya setinggan mula meningkat ekoran daripada penghijrahan penduduk secara besar-besaran daripada luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan. Kesan daripada penghijrahan tersebut, penduduk di bandar-bandar utama semakin meningkat yang menyebabkan wujudnya faktor kekurangan tempat tinggal dan kesukaran untuk memiliki atau menyewa rumah di pasaran terbuka.Ini mendorong kepada pembukaan kawasan-kawasan penempatan setinggan samada di atas tanah-tanah Kerajaan mahupun tanah-tanah persendirian Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan. Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi. Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan Kesan Kewujudan Setinggan Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit sosial seperti jenayah ragut, rogol serta kegiatan haram lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya Mengancam Kesihatan Penduduk Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk Menimbulkan Masalah Kebakaran dan ketidak selesaan hidup Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa Hasil kajian yang diterbitkan oleh Buku Laporan Jabatan Perdana Menteri 1999 mendapati hampir semua penduduk setinggan adalah warga asing kecuali di Melaka dan Negeri Sembilan. Peratusan yang paling tinggi adalah di Sabah (warga Filipina) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (warga Indonesia). Penghijrahan warga asing tanpa kawalan ini telah menyebabkan wujudnya pelbagai implikasi seperti penempatan warga asing, masalah sosial dan jenayah. Analisis juga mendapati terdapat isi rumah setinggan yang berpendapatan kurang daripada RM460.00 sebulan (garis kemiskinan) dan berpendapatan kurang daripada RM300.00 sebulan (golongan termiskin). Ada juga sebilangan penduduk setinggan yang tidak mempunyai pelajaran formal dan berpendidikan sekolah rendah. Keadaan ini menyebabkan mereka ketinggalan dan terpinggir dari sektor pekerjaan dan pembangunan. Kewujudan kawasan-kawasan setinggan ini telah memberi kesan buruk terhadap keharmonian masyarakat kerana ini dikatakan menjadi lubuk kepada pelbagai masalah sosial seperti mana yang berlaku di kawasan setinggan Jalan Klang Lama pada Mac 2001 yang lalu hingga menyebabkan enam orang mati dan lebih 40 orang cedera. Salah satu punca kejadian ini ialah faktor kemiskinan di samping kehadiran pendatang asing tanpa izin yang mengeruhkan lagi keadaan. Kesimpulan Masalah sosial yang berlaku kesan daripada ketidakupayaan memiliki rumah sendiri perlu kepada pemahaman yang mendalam dan menyeluruh. Keunikan pada susun atur dan pola masyarakat Malaysia yang rencam dan pelbagai sifatnya tidaklah dapat difahami dengan mudah. Demikian juga tindakan dan reaksi yang bersifat “knee jerk” mungkin boleh menyelesaikan masalah jangka pendek tetapi tidak untuk jangka panjang. Kesan-kesan program dan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan baik jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang wajar dibuat pamantauan dan penilaian yang lebih kerap. Ini adalah kerana putaran masa sangat pantas dalam arus globalisasi. Sedang kita cuba mencari penyelesaian tentang sesuatu masalah, datang pula masalah lain. Masalah yang cuba diselesaikan sekarang dengan dasar-dasar yang baru akan terbantut dengan kedatangan masalah baru. Menyediakan perumahan yang selesa dan selamat kepada rakyat menjadi satu tanggungjawab besar bagi kerajaan yang memerintah. Persekitaran rumah yang selesa ini boleh menyelamatkan anak-anak muda daripada tergelincir dalam aktiviti kurang sihat seterusnya membantu kita mengelakkan pelbagai masalah sosial. Begitu juga dengan menubuhkan Jawatankuasa bertujuan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek perumahan dan penyediaan kemudahan-kemudahan asas, memastikan semua dasar, program dan projek yang digubal untuk setinggan dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat Kerajaan ke arah mencapai setinggan sifar di negara-negara sedang membangun. Negara-negara membangun harus mengambil berat mengenai kebajikan setinggan terutama dari segi penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti, selesa dan mampu disewa atau dibeli serta kemudahan-kemudahan asas yang lain. Matlamatnya adalah supaya dapat memperbaiki lagi mutu kehidupan rakyat setinggan di negara tersebut agar tidak memberi imej yang buruk kepada Kerajaan dan negara, sejajar dengan kepesatan pembangunan negara. Justeru itu, imej sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun perlu dijaga. Kita sudah tentu tidak mahu melihat bandaraya kita yang pesat membangun dengan bangunan-bangunannya yang tersergam indah, tinggi mencakar awan dan dihiasi dengan seni taman yang cantik lagi menarik tetapi di satu sudut terdapat pula kawasan-kawasan setinggan yang persekitarannya berbeza sekali dengan apa yang saya perkatakan tadi. Keindahan ini sudah tentu mencacatkan pandangan kita dan memberi kesan negatif kepada banyak pihak mengenai pembangunan negara secara amnya.

Kelebihan dan Kelemahan sistem demokrasi berparlimen.

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah “ kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. 3 klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary demokrasi Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan,termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Definisi Banyak takfsiran telah diberikan mengenai demokrasi dan boleh dirumusan sebagi satu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat mengemuakakan kehendak tanpa sekatan, namun begitu rakyat sedar tidak semua pemintaan akan ditunaikan sepenuhnya oleh pemerintah. Oleh itu lebih tepat sebagai kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Selain itu juga kerajaan demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat mesti berkerjasama untuk mencapai kepentingan bersama. Demokrasi bermaksud pelbagai. Iaitu bebas membuat pilihan, mempunyai hak untuk membuat sesuatu dan lain lain. Bangsa Yunani yang memperkenalkan istilah demokrasi menakrifkan demokrasi dalam dua perkataan. Demos, rakyat dan kratein, memerintah, rakyat memerintah. Ini disokong oleh Abe Lincoln melalui kenyataannya “ a people’s government, a government by the people, for the people. Seorang professor falsafah Carl Cohen 1931 di University of Michigan melalui bukunya demokrasi ( 1971 ) memberi tafsiran demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan komuniti yang mana ahli dalam komuniti tersebut boleh terlibat sama secara sama rata dan saksama dalam melakukan keputusan keputusan yang melibatkan ahli komuniti secara lansung. Untuk perbincangan selanjutnya adalah mengenali kelebihan dan kelemahan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang hadrus diberi keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam menenetukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk untuk membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakykmatat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan Dari aspek hak, setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata. Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam. Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasana yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan merupakan asas yang paling utama dalam segala hak yang lazim kerana tidak semua manusia dapat memilih dan menentukan sendiri cara yang baik dan buruk bagi diri mereka. Demokrasi memberi hak untuk memilih pemerintah Dalam Declaration Of Independence of 1776 , Jefferson menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya apabila pemerintah tersebut tidak lagi mendapat menjamin keselamatan. Tindakan demokrasi memberi ruang kepada orang awam dalam memilih kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh minoriti telah banyak menimbulkan masalah seperti melakukan penindasan. Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waras yang menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka berpendapat sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik. Demokrasi Membaiki Taraf Hidup Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi. Demokrasi merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan Walaupun ada beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya Demokrasi Menggalakkan Semangat Berkerjasama Salah satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa untuk memiliki pertubuhan dan pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat dan pendapat diterima Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi Jika ada apa-apa perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat. Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta ekonomi denemi kepentingan rakyat dan negara. Apa pun bentuk demokrasi yang diamalkan oleh dalam pemerintah sebuah negara yang penting ialah terpulang kepada rakyat untuk menerima dan mengikuti dasar kerajaan dalam menjalankan tugas dan berfungsi sebagai kerajaan. Kelemahan demokrasi Kelemahan demokrasi berpunca daripada dua aliran yang mempunyai pandangan berbeza mengenai demokrasi serta mengandaikan bahawa sesuatu yang mustahil diwujudkan sistem pemerintahan yang berdasarkan ideologi demokrasi tulen manakala ada yang bersetuju bahawa amalan demokrasi dapat dicapai melalui kritikan serta memberi kuasa kepada golongan tertentu kebebasan perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Demokrasi berparlimen bukan bentuk pemerintahan majority seperti disyaratkan dalam cirri-ciri asas demokrasi kerana ia tidak wujud demokrasi seperti perhimpunan perwakilan, pilihanraya dan melibatkan persaingan antara kumpulan bersekepntingan. Selain itu kebebasan dalam sesuatu perkara dihadkan kerana adanya peraturan untuk mengawal tindkan tersebut. Memudahkan perebutan kuasa antara kumpulan atau parti politik, akibat dari itu menimbulkan konflik serta perpecahan rakyat kerana demokrasi memberikan kebebasan berpolitik. Masalah ada dikalangan pemimpin yang dipilih oleh rakyat tidak peka untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan tidak mementingkan kebajikan rakyat kerana mementingkan kariernya. Akibatnya kepentingan rakyat tidak diutamakan walaupun mereka sedar dan ini sering berlaku apabila rakyat tidak menyedari apa yang berlaku dalam politik Sebagai kesimpulan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan atau dikatakan sebuah negara demokrasi yang mutlak merupakan sesuatu yang sukar dijelaskan kerana dalam pembentukan sebuah negara memerlukan satu keadaan tidak berlakunya bias dalam sistem pemerintahan. Demokrasi pada masa kini bergantung kepada pilihan raya sepertimana diadakan dengan pengelibatan rakyat untuk menentukan siapa yang akan memerintah. Pada amnya demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang terbaik kerana mengekalkan sistem pemerintahan yang sama bagi semua individu jika dibandingkan dengan sistem pemerintahan yang lain. P